12 TR dan 2 Kapitan Tidak Dijemput Hadir Menerima Sijil Lantikan, Mungkin Ini Sebabnya

Borneo ISU SEMASA

Suatu kontroversi meletup apabila Persatuan Tuai-Tuai Rumah Engkilili mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh segelintir individu yang secara tiba-tiba menyingkirkan beberapa tuai rumah dan kapitan tanpa memberikan sebarang penjelasan rasmi.
BLENDER MURAH DESSINI BELI DISINI.BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan kepada Utusan Borneo hari ini, persatuan tersebut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap isu ini, yang kelihatan seolah-olah melibatkan campur tangan pihak ketiga dalam proses pelantikan dan lanjutan tempoh perkhidmatan ketua masyarakat dan ketua kaum di negeri ini.

“Mengikut sejarah, proses pelantikan ketua kaum dan ketua masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri Engkilili adalah kuasa mutlak penduduk rumah panjang dan kampung mereka sendiri, selepas melalui penapisan yang ketat oleh pihak polis, majlis daerah, dan akhir sekali, wakil rakyat kami, iaitu ADUN,” kata jurucakap persatuan itu.

BAJU ROUND NECK MICROFIBER ADA DISKAUN RM18.80 KE RM6.48. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Bagaimanapun, kehairanan timbul apabila 12 orang tuai rumah dan dua kapitan Cina dilaporkan “disingkirkan” tanpa sebarang notis rasmi, menjelang penerimaan semula sijil lantikan mereka yang dijadualkan pada 7 Mei ini di Dewan Majlis Daerah Engkilili.

Menurut kenyataan itu, kebingungan bermula apabila mereka semua diperintahkan untuk mengembalikan sijil lantikan semula yang diterima pada 14 Mac kerana masalah teknikal, namun tidak lama selepas itu, mendapat surat pekeliling baharu untuk menerima semula sijil pada 7 Mei tanpa jemputan bagi 12 tuai rumah dan dua kapitan tersebut.
NETFLIX PREMIUM MURAH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Persatuan Tuai-Tuai Rumah Engkilili menyeru kepada Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Lubuk Antu dan Engkilili untuk menyelesaikan isu ini serta merta, serta merayu kepada wakil rakyat mereka, Yang Berhormat Dr Johnical Rayong (Ngipa), agar mengambil tindakan sewajarnya dalam hal ini.

Mereka menegaskan bahawa tindakan penamatan lantikan tanpa sebarang penjelasan adalah bertentangan dengan semangat perpaduan yang diingini oleh semua pihak, terutamanya di peringkat negeri Sarawak.

“Pengundurkan ini nampaknya cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat, dan ia harus dihentikan segera,” tegas jurucakap persatuan itu.

Untuk rekod, Persatuan Tuai-Tuai Rumah Engkilili didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 18 Februari 2015 dan mempunyai seramai 140 ahli yang berdaftar.

Majlis penyerahan sijil ketua masyarakat dan ketua kaum bagi kawasan DUN Engkilili dijadualkan pada 7 Mei ini di Dewan Pejabat Daerah Engkilili, dengan kehadiran Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi.
AIRCONDITIONER COOLING FAN,6 INCH DENGAN 5 SPRAY, 7 WARNA LAMPU DAN JENIS PORTABLE KINI HANYA RM25.90 BELI DISINI. BOLEH ADDD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

SUMBER : UTUSAN BORNEO