17 Individu Ditahan Ketika Menghadiri Private Party

BERITA TERKINI

17 Individu Ditahan Ketika Menghadiri Private Party di MELAKA. Pada 10/9/21 jam 11.00 malam bertindak atas maklumat awam sepasukan Pegawai & Anggota dari Caw Kongsi Gelap, Perjudian & Maksiat (D7) JSJ IPK Melaka telah membuat serbuan serentak ke atas 2 buah unit kondominium di Daerah Melaka Tengah.

Hasil daripada serbuan tersebut, seramai 7 orang lelaki & 2 orang perempuan melayu serta 8 orang lelaki india berusia antara 17 tahun hingga 35 tahun telah berjaya ditahan kerana terlibat dalam aktiviti private party.  Pada serbuan tersebut pihak polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk tujuan penganjuran private party.

Kesemua 17 orang telah dibuat ujian saringan air kencing dan hasil ujian tersebut hanya 1 orang individu didapati positif dadah jenis Meth

Siasatan dilakukan dibawah seksyen 6 enakmen hiburan negeri melaka dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya 1952. Kesemua tangkapan juga telah dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan 16 PU(A) 293 PPPB (LDKTJ) (PPN) 2021.

PDRM Melaka sentiasa memantau sebarang aktiviti private party dan tidak bermoral yang diadakan secara haram di Negeri ini. Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang terlibat dengan sebarang kegiatan salah berlaku semasa aktiviti tersebut dijalankan

PDRM Melaka ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang undang dan mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang sentiasa prihatin menyalurkan maklumat bagi membanteras jenayah daripada terus berlaku.


#jsjmelaka
Crt Polis Melaka.

Komen Nitizen :

Allah hu akbar ada lg yang bertudung terlibat dah kenapa le melayu nie jd runer bangsa lain tudung cantik tp ati tak cantik

Larat ke 2 org jee perempuan. Ramai laki tu. India jer dah berapa orang. Biasa nya kalau ramai cmni buat pp kena la tambah 2 org lg perempuan baru blh hadap. Sekepala caj la rm500 masih. Still dpt sorg rm2k adehhhh ni nk untung byk la ni.. Nk amek iphone 12 pny pasal

Lelaki yang baik tak tanya kisah silam ???? pastu laki nak bini anak dara laki Tu confirm teruna ke ???? petikan ayat dari Komen FB

Bila tye tang hantaran…Ang bantai spai 20k n jgn di tye kisah silam????????????????????????

Lain kali nk g party mcm tu tudung bukak la.. Ko ni memalukan maruah wanita islam jee.. Set kito jangey pecoh.. ????

Leave a Reply