241 Kekosongan Jawatan Sebagai Guru Bahasa Iban Di Sarawak

Borneo

KUCHING: Kekurangan guru Bahasa Iban di sekolah rendah dan menengah di Sarawak kini menjadi fokus perbincangan dengan serius, dengan 344 guru opsyen Bahasa Iban diperlukan bagi memenuhi kekosongan yang mencemaskan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang, terdapat 693 sekolah rendah dengan 67,308 murid yang mengambil Bahasa Iban. Walau bagaimanapun, hanya terdapat 352 guru opsyen Bahasa Iban, sementara keperluan sebenar adalah 593 orang guru. BAJU KEBAYA PRINCESS RM35 BELI DISINI.

“Ini bermakna kita masih kekurangan 241 orang guru opsyen Bahasa Iban di peringkat sekolah rendah,” katanya semasa berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Gira turut menyatakan bahawa terdapat 83 sekolah menengah dengan 20,070 pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Iban. Namun, hanya terdapat 79 guru opsyen Bahasa Iban, manakala keperluan sebenar adalah 182 orang guru.

“Kita masih memerlukan 103 orang guru opsyen Bahasa Iban di peringkat sekolah menengah,” tambah beliau. KASUT NURSE JENAMA FOOTLINK SELESA DIPAKAI BELI DISINI.

Kekurangan ini, menurut Gira, adalah kritikal dan memerlukan tindakan segera dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“KPM perlu meningkatkan pengambilan guru pelatih Bahasa Iban di Sarawak dan memberikan latihan yang mencukupi di institut pendidikan guru yang sedia ada,” jelasnya.

Beliau juga menggesa KPM memberi keutamaan kepada graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan graduan dengan ijazah perguruan daripada institusi yang diiktiraf untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Sementara itu, KPM juga perlu menambah bilangan guru pelatih Bahasa Iban di setiap pengambilan ke IPG, sekurang-kurangnya 100 pelatih setiap tahun, sehingga masalah kekurangan guru Bahasa Iban ini dapat diselesaikan,” tegasnya. TUMBLER MURAH BELI DISINI.

Gira menyatakan kebimbangan jika masalah ini tidak diselesaikan, ia akan mengganggu usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Iban di kalangan generasi muda.

“KPM perlu memberi keutamaan kepada Bahasa Iban kerana ia sudah diiktiraf di peringkat tinggi dalam sukatan pelajaran negara,” katanya.

INI CARA MEMOHON KEMASUKAN KE IPG. SEMOGA BERJAYA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Institut Pendidikan Guru (IPG)?
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my
Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

Pemohonan dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.

Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
Maklumat yang tidak benar dan lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
2. Apakah syarat-syarat permohonan ke Institut Pendidikan Guru (IPG)?
Syarat Umum

Warganegara Malaysia
Umur tidak melebihi 20 tahun
Sihat tubuh badan
Aktif dalam kegiatan kokurikulum
Syarat Asas Akademik

Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
Bahasa Melayu; dan
Sejarah
Mestilah lulus Bahasa Inggeris
Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).

Calon tidak layak memohon
Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan kesalahan penyalagunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.