Kompressor Aircond Kereta- Tanda Rosak, Penjagaan dan Harga

Automobile

Kompressor Aircond Kereta- Tanda Rosak, Penjagaan dan Harga.
Ramai dikalangan kita yang akan merungut dan naik angin jika aircond kereta tiba tiba meragam dan tidak sejuk. Keadaan ini akan lebih membosankan jika ia berlaku ketika memandu dalam kesesakan jalanraya.

Tahukah anda apakah puncanya? Disini saya akan menerangkan punca utama Aircond Kereta tidak sejuk. Anda digalakan untuk mengetahui serba sedikit masalah aircond kereta sebelum menghantarnya ke pusat aircond. Ini akan mengelakan anda dari ditipu oleh pusat pusat aircond yang tidak bertanggungjawab.

Aircond kereta terdiri dari beberapa alatan yang penting dan diantaranya ialah:
1. Kompressor
2. Receiver/Filter Drier
3. Expansion Valve
4. Kondenser
5. Cooling Coil/Evaporator.

Hari ini saya akan menerangkan dengan lengkap mengenai kompressor, fungsinya, tanda tanda kompressor akan rosak, punca kerosakan,penjagaan kompressor dan harga pengantian.

Fungsi Kompresor. TOMODACHI Car Compressor Aircond KUALITI TINGGI, MURAH DAN ADA DISKAUN BELI DISINI. 


Kompressor jenis timbal balik adalah jenis kompresor yang paling popular. Piston yang terdapat didalam kompresor akan memampat udara dengan bergerak ke atas dan ke bawah silinder. Semasa piston bergerak ke bawah, ia akan menimbulkan kesan vakum yang akan menyedut refrigerant (cecair gas). Semasa bergerak ke atas, gas yang dimampatkan bergerak ke kondensor.

Empat (4) tanda kompressor bermasalah:
Kompressor aircond berkerja kuat untuk mengalir gas dan minyak keseluruh sistem aircond untuk menghasilkan udara yang sejuk. Selepas beberapa tahun digunakan, seperti peralatan lain ianya juga akan menjadi haus dan seterusnya mengalami kerosakan. APM Cooling Coil MURAH BELI DISINI, BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH. 

Bagaimanapun terdapat tanda tanda yang kompressor akan rosak.
1. Mengeluarkan Bunyi Asing
Apabila aircond kereta dihidupkan terdapat berbagai bunyi asing pada kompressor. Ini merupakan salah satu tanda yang kompressor akan rosak.

Bunyi bising ini berlaku kerana alatan dalam kompressor mengalami kehausan. Minyak kompresor yang kurang merupakan salah satu sebab. Ini kerana geseran pada piston akan mempercepatkan proses haus dan kerosakan. Bunyi bising pada kompresor merupakan tanda awal yang kompresor akan rosak. Justeru itu jika kompressor telah mengeluarkan bunyi bising, eloklah ganti kompressor.

2. Udara Panas Keluar Dari Ventilator
Jika angin panas keluar dari ventilators juga merupakan kompressor telah rosak.
Kompressor yang rosak tidak dapat mengalirkan cecair gas sejuk dalam sistem aircond. Ini yang menyebabkan angin yang keluar angin panas.

Proses kerosakan ini berlaku berperingkat, pada mulanya udara yang keluar adalah sejuk, tidak lama kemudian ia menjadi kurang sejuk dan seterusnya menjadi udara panas.

3. Cecair Gas/Minyak Bocor
Didalam Kompressor terdapat oil seal dan bearing yang menghalang cecair gas dan minyak dari bocor. Bagaimanapun apabila oil seal dan bearing ini haus minyak dan cecair gas akan bocor keluar. Jika ini berlaku adalah lebih murah untuk menganti bearing dan oil seal dari keseluruhan kompressor.

4. Klac Kompressor Sangkut
Klac kompressor digerakan oleh enjin kereta dengan belting dan pulley. Klac akan hanya berfungsi apabila aircond dihidupkan. Klac yang tersangkut meyebabkan kompressor gagal berfungsi. Jika ini berlaku adalah lebih ekonomi untuk menganti kompresor dari membaiki klac tersebut.

Apa Punca Kompresor Rosak
Berikut adalah beberapa punca Aircond Kompressor gagal berfungsi:-
1. Kondenser Kotor — Kotoran habuk dan daun kering yang berkumpul dijaring kondenser boleh menyebabkan haba daripada sistem aircond gagal dinyah keluar. Ini boleh menyebabkan sistem aircond menjadi terlalu panas dan mengurangkan effisen aircond dan seterusnya boleh merosakan kompressor.

2. Saluran gas tersumbat. —
Gas disalirkan melalui tube pada keseluruhan sistem aircond. Apabila saluran ini tersumbat, tekanan tinggi dan haba terlalu panas akan berlaku. Ini menggagalkan sistem aircond untuk berfungsi dengan baik dan seterusnya boleh merosakan kompressor.

3. Gas dan minyak kompresor kurang-
Cecair gas dan minyak akan berkurangan jika berlaku kebocoran pada peralatan atas sistem saliran. Kekurangan cecair gas ini menyebabkan kompresor berkerja lebih kuat untuk mengepam gas dan minyak keseluruhan sistem aircond. Keadaan ini boleh merosakan kompressor.

4. Kesalahan manusia — Pembaikan dan senggaran Aircond Kereta hendaklah diserahkan kepada Pakar Aircond. Pengisian gas dan minyak kompresor mesti mengikut sukatan yang betul, tidak boleh terlebih atau terkurang. Gas dan minyak yang sesuai mesti digunakan. Kegagalan mematuhi spesifikasi ini boleh menyebabkan kerosakan kompresor.

Cara cara menjaga kompresor
Kerosakan kompresor boleh dielakan dengan mematuhi manual penjagaan dan senggaraan. Aircond Kereta anda perlu di servis dan Flush setiap tahun atau setiap 30,000km perjalanan kenderaan.

Harga Pengantian Kompresor
Kos pengantian kompresor bergantung kepada model kenderaan dan jenis kompresor yang digunakan. Terdapat kompresor yang baru, recond dan terpakai. Kos pemasangan kompressor merangkumi harga kompressor, recharge atau flush dan upah.

Butiran harga adalah seperti berikut:
1. Kompressor baru Rm600. hingga Rm2000.
2. Recond Rm400 hingga Rm1200
3. Terpakai Rm300 – Rm800.
4. Flush Rm160 – Rm650
5. Upah Rm150 – Rm300.
6. Pembaikan Klac Rm200 -Rm700

Bagi kereta Perodua Myvi, kos pengantian kompresor, flush dan upah menjangkau Rm650 dan Rm750 bagi Naza Citra.

Jika anda mempunyai sebarang masalah Aircond kereta, kami di Jatibina Car Cool sedia membantu.
Pakar Aircond kami, Wan Faris akan memberi khidmat nasihat yang anda perlukan untuk menjaga dan menyelenggara aircond kereta anda.