Imigresen Serbu Hotel Didiami Oleh Pelacur Kostum Anime

ISU SEMASA Viral

Pelacur Laos Ditahan Selepas Cuba Suap RM16,000 untuk Elak Tangkapan

GEORGE TOWN – Seorang pelacur warga Laos yang mengenakan kostum ‘anime’ ala Marin Kitagawa, terpaksa berhadapan dengan pihak berkuasa malam tadi apabila dia cuba merasuah sebanyak RM16,000 sambil merayu dan menangis agar tidak ditahan oleh Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang.

Serbuan dilakukan di sebuah hotel di Jalan Zainal Abidin bermula pukul 9 malam dan menyaksikan penahanan wanita tersebut bersama dua lagi pelacur asing dari Thailand dan Vietnam. Dua wanita ini pula mengenakan kostum anime dan jururawat sebagai penampilan mereka.

Pengarah JIM Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim, menjelaskan bahawa operasi tersebut dilaksanakan selepas menerima maklumat awam mengenai aktiviti pelacuran di hotel berkenaan. Hasil pemeriksaan awal mendapati ketiga-tiga wanita berusia antara 25 hingga 29 tahun itu baru sahaja menetap di Malaysia sejak dua minggu lalu dan menawarkan khidmat seks melalui tempahan di laman web dengan harga bermula RM240.

“Kita tidak menolak kemungkinan bahawa wanita-wanita ini dilindungi oleh sindiket tertentu dan pelanggan mereka mungkin terdiri daripada VIP,” ujar Nur Zulfa Ibrahim. Semasa serbuan, kesemua wanita tersebut ditemui berada di dalam bilik masing-masing.

Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa turut merampas beberapa barang termasuk telefon bimbit, minyak pelincir, kondom, wang tunai, dan pil perancang yang ditemui dalam bilik mereka.

Kesemua tangkapan kini dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.