Pemenang Emas Olimpik Dedah Ibu Ambik Wang Kemenangan Selama Ini.

Bintang Viral

Gimnas Filipina Carlos Yulo Dedah Ibunya Bolot Wang Kemenangan Sejak 2020

Carlos Yulo, gimnas Filipina yang mencuri tumpuan dunia dengan meraih dua pingat emas dalam acara senaman lantai dan melombol di Sukan Olimpik Paris 2024, telah mendedahkan isu kontroversi melibatkan wang kemenangannya. Yulo, 24, membuat pendedahan mengejutkan melalui siaran langsung di TikTok bahawa ibunya telah membolot kesemua wang kemenangannya sejak 2020.

Dalam video panjang yang dimuat naik, Yulo mendakwa ibunya yang dikenali sebagai Angelica Yulo, menguruskan akaun banknya dan mengeluarkan wang kemenangan tanpa memberitahu beliau mengenai transaksi tersebut. Yulo mengaku terkejut apabila mendapati jumlah wang yang diterima jauh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya, iaitu hanya sekitar PHP70,000 (RM5,446), sedangkan jumlah sebenar sepatutnya mencecah enam angka.

“Saya hanya mengetahui mengenai pemindahan wang ini selepas memeriksa akaun sendiri. Saya tidak pernah menerima sebarang insentif dan tidak pernah meminta perkara ini. Kini, saya sudah putus asa mengenainya; wang itu bukan lagi milik saya,” jelas Yulo dalam video tersebut.

Angelica Yulo, ibu kepada atlet terkenal ini, menafikan tuduhan tersebut. Dalam temu bual awal minggu ini, beliau menjelaskan bahawa wang tersebut dipindahkan ke akaun peribadinya untuk memastikan masa depan anaknya terjamin. Walau bagaimanapun, Yulo mengkritik cara ibunya mengendalikan wang tersebut tanpa sebarang kebenaran daripadanya.

Ketegangan antara Yulo dan ibunya juga semakin memuncak disebabkan ketidaksetujuan Angelica terhadap teman wanita Yulo, Chloe San Jose. Angelica didakwa mengkritik San Jose berdasarkan cara berpakaian dan tingkah laku, serta meragui niat sebenar San Jose terhadap Yulo. Yulo mempertahankan San Jose, menegaskan bahawa San Jose tidak memanfaatkan kekayaannya dan menyeru agar hubungan keluarga dapat dipulihkan.

Raymond Fortun, peguam yang mewakili Angelica Yulo, mengeluarkan kenyataan melalui Facebook menafikan sebarang kritikan terhadap anaknya, dengan menegaskan bahawa segala tuduhan adalah tidak benar dan hanya imaginasi semata-mata. Fortun juga memuji kejayaan Yulo dan menegaskan bahawa keluarga mereka berkongsi kegembiraan di atas pencapaian tersebut.

Dalam perkembangan lain, syarikat perumahan Filipina, Megaworld, telah mengumumkan akan memberikan kondominium bernilai PHP24 juta (RM1.85 juta) kepada Yulo sebagai hadiah kerana kejayaannya di Paris. Selain itu, kerajaan Filipina juga akan memberikan imbuhan sebanyak PHP10 juta (RM771,855). Yulo dijangka menerima lebih banyak ganjaran dalam bentuk wang tunai dan barangan daripada pelbagai syarikat lain.

Gambar ini adalah  Yulo Bersama Teman Wanitanya Live di TikTok