Amaran Ribut Petir: Hujan Lebat dan Angin Kencang Dijangka di Beberapa Negeri
⛈⛈⛈ Jumaat, 11 Oktober 2024 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara.
Antara kawasan yang terlibat ialah:
- Perlis
- Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda
- Pulau Pinang
- Perak: Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang
- Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
- Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit), Bintulu (Tatau)
⚡️⚡️⚡️ MetMalaysia memberi amaran bahawa ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku, dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam. Situasi ini berpotensi berlarutan melebihi sejam di kawasan yang terlibat.
Amaran ribut petir ini dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga berdasarkan tanda-tanda awal. Ia adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari waktu keluaran.
Waktu Dikeluarkan: 8:15 pagi, 11 Oktober 2024.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini akibat cuaca buruk ini.