Akaun CIMB : Cara Terkini Untuk Elak Tranfer Duit Ke Akaun SCAMMER Tanpa TAC

Toturial

Cara Terkini Untuk Elak Tranfer Duit Ke Akaun SCAMMER Tanpa TAC

Baru-baru ini viral  isu melibatkan duit di dalama akaun CIMB ni tengah hangat. Ramai mempertikai bagaimana  boleh transfer duit ke akaun scammer tanpa TAC.

Perkara Ini berlaku berkemungkinan akaun anda telah link ke telefon milik scammer. Sekiranya ada, anda boleh delete terus telefon tersebut dan tukar password telefon dan akaun anda secepat mungkin.

Anda perlu memeriksa selalu untuk mempastikan tiada telefon tidak dikenali ada access kepada akaun CIMB anda. Ini ikhtiar selain nak mengharap CIMB upgrade security mereka.

masuk ke akaun bank anda melalui apps dan login. Tolak ke kanan skrin sehingga jumpa menu setting pada apps.

Nah. Dah jumpa menu klik terus butang Setting.

Nah. anda dah nampak ada telefon lain yang selain dari telefon anda telah link ke akaun CIMB anda. Panik? Anda hanya perlu tolak ke ke kiri.

Ada keluar tong sampah. Anda hanya perlu klik saja dan telefon tersebut akan hilang acess ke akaun CIMB anda.

Sebarkan kepada kawan-kawan anda bagi menjamin akaun mereka selamat.

Kredit : Fariz Hazwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *