Aktivis Alam Sekitar Terkenal Pernah Beri Amaran Kuala Lumpur Tak Selamat Diduduki

Aktivis Alam Sekitar Terkenal Pernah Beri Amaran Kuala Lumpur Tak Selamat Diduduki

ISU SEMASA Viral
Posting ini pada 2015, Laila Basir ??
Suka atau tidak..tempat yg paling tidak selamat untuk diduduki di Malaysia adalah Kuala Lumpur. Malapetaka “Giant Sinkhole” boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa seorang dari kita pun dapat menjangka. 40-60% dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur. Pembangunan tanpa henti, sistem saliran yg huru hara, kejadian mendapan atau pasir jerlus, pengaliran keluar air bawah tanah, bebanan melampau, pergerakan fizikal termasuk pembangunan persekitaran adalah antara penyebab kepada mala petaka ini lebih cepat berlaku.
Dipermudahkan, sekarang ini di bawah KL sedang terbentuk gua-gua batu kapur yang besar. KL pula berada diatas bumbung gua ini. Dan apabila, bumbung gua ini tidak dapat menanggung beban..maka akan runtuhlah bumbung gua ini dengan membawa sekali Kota Kuala Lumpur kadasarnya. Sebenarnya, 2 tahun yg lepas satu gua yg besar telah dijumpai di Cheras semasa pengerudian laluan MRT2 bawah tanah. Namun ianya telah dirahsiakan kepada umum. Gua tersebut telah disumbat dengan bahan binaan untuk memastikan pembinaan Terowong MRT tidak terganggu.
Kita tunggu sahajalah..
*Nota: gambar hanyalah sebagai panduan sahaja. Kejadian di Guatemala.
**Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Sila rujuk Geologis sebenar untuk fakta yg lebih jelas.
Catatan Geologi : Bencana Geologi Lembah Kelang
1. Hampir 40% geologi K. Lumpur didasari oleh batu kapur (limestone) iaitu warna biru dalam peta geologi. Kawasan batu kapur merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) kerna mempunyai banyak kekangan geologi (bencana geologi) dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk pembangunan dan remedial.
2. Dengan kata lain batuan di bawah K. Lumpur sebahagian besar dialasi oleh batu kapur yang kita tak nampak tapi satu²nya batu kapur yang tertonjol keluar adalah bukit Batu Caves. Selain itu batu kapur ini juga dialasi oleh sedimen lembut (lumpur dan pasir aka enapan sedimen aluvium) dan juga bahan bekas lombong (main tailing).
3. Sifat batu kapur ini adalah mempunyai gegua bawah tanah dan pinnacle bawah tanah. Pinnacle ini menjadi takungan atau poket kepada longgokkan bijih timah dan sebab itu Lembah Klang adalah lombong bijih timah suatu masa dahulu dan sebab itu ada banyak tasik-tasik bekas lombong bijih timah seperti Tasik Titiwangsa, tasik-tasik di Puchong dan ada juga tasik yang telah ditimbus untuk pembangunan.
4. Antara bencana geologi yang boleh berlaku adalah lubang benam akibat runtuhan bumbung gegua bawah tanah, runtuhan batuan di bukit Bt. Cave, tanah runtuh di kawasan granit yang bercerun seperti di Bukit Antarabangsa, Ampang etc. Lembah Kalang itu sendiri adalah kawasan yang sangat prone atau terdedah kepada banjir dan lubang benam sebelum ada pendudukan manusia di situ; iaitu mempunyai ‘element risk’ yang sangat tinggi.
5. Semasa kitaran bumi hangat, pembangunan sangat maju di kawasan tersebut tapi apabila berlaku perubahan iklim (cooling), banjir kembali mengambil alih dan manusia yang membina penempat di kawasan tersebut terpaksa menerima kesannya.
6. Kejadian lubang benam di Masjid India dua hari lepas mungkin disebabkan dua faktor yang dapat admin fikirkan. Ia mungkin disebabkan runtuhan gegua bawah tanah atau berlakunya aliran air bawah bersama hakisan sedimen lembut (akibat tindakan hidrolik aliran sungai) lalu membentuk lubang sementelah terletak di tepi Sg. Klang. Kajian lanjutan perlu dilakukan oleh JMG bagi mengenalpasti punca sebenar.
7. Daripada satu kajian saintifik, hanya 20% kawasan K. Lumpur sesuai dimajukan manakala 80% mempunyai kekangan yang tinggi di mana 25% daripadanya terdedah kepada bencana geologi tanah runtuh (cerun granit) dan bencana banjir. Hanya kajian-kajian daripada geologist yang dapat menilai daya tahan pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) ini. Pada masa ini, sebarang pembangunan di kawasan ini admin kira sudah pun mengambil kira faktor kekangan geologi tersebut.
8. Bencana² geologi ini dicetuskan oleh hujan. Sejak tahun 2020 iaitu bermulanya Kesuraman Matahari (Weak Solar Cycle) kelembapan sering melanda serata negara dengan tingginya curahan hujan sehingga berlaku banjir buruk dan akan berterusan pada masa hadapan “sehinggalah banjir menjadi sesuatu yang biasa di masa hadapan….”
Lets nature take its course….
Omèn Necrofis
24.8.2024