Rumah Panjai

Amaran Haba Tahap 1 Dikeluarkan untuk Sri Aman, Bintulu, Kuala Kerai, Larut. Matang Dan Kota Marudu

Amaran Haba Tahap 1 Dikeluarkan untuk Sri Aman, Bintulu, Kuala Kerai, Lrut. Matang Dan Kota Marudu

(27 Julai) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran haba Tahap 1 untuk daerah Sri Aman dan Bintulu. Amaran ini mula berkuat kuasa pada pukul 4 petang, 26 Julai lalu dan diperbaharui pada pukul 6 pagi tadi.

Amaran Haba Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu mencapai antara 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut. Untuk suhu yang lebih tinggi, amaran oren atau Tahap 2 akan dikeluarkan apabila suhu melebihi 37 darjah Celsius tetapi kurang dari 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut. Manakala, amaran merah akan dikeluarkan jika suhu melebihi 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, menandakan gelombang haba ekstrem.

Selain Sri Aman dan Bintulu, daerah lain di Malaysia yang turut menerima amaran Haba Tahap 1 adalah Kuala Krai, Larut dan Matang di Semenanjung Malaysia serta Kota Marudu di Sabah.

Malaysia telah mengalami cuaca panas dan kering sejak awal minggu ini. Menurut ramalan cuaca signifikan MetMalaysia yang dikeluarkan pada hari Isnin, keadaan cuaca dijangka kembali normal bermula 27 Julai.

MetMalaysia menjelaskan bahawa cuaca kering dan panas ini disebabkan oleh siklon tropika di timur laut Filipina dan Laut China Selatan berhampiran Pulau Hainan.

Exit mobile version