Rumah Panjai

Amaran Ribut Petir di Beberapa Negeri

Amaran Ribut Petir di Beberapa Negeri Hingga 5:00 Petang

Kuala Lumpur, 22 September 2024 — Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Borneo sehingga jam 5:00 petang hari ini. Keadaan cuaca buruk ini melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan-kawasan berikut:

⚠️ Amaran Ribut Petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda awal menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam, yang hampir atau dijangka berlaku dalam tempoh melebihi satu jam. Amaran ini adalah jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak lebih dari enam jam.

METMalaysia menasihati orang ramai untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang, dan gangguan perkhidmatan awam yang mungkin berlaku akibat cuaca ekstrem ini.

Dikeluarkan pada: 2:55 petang, 22 September 2024

Exit mobile version