Amaran Ribut Petir: Hujan Lebat dan Angin Kencang Dijangka di Beberapa Negeri 11.10.2024

Cuaca Video

Amaran Ribut Petir: Hujan Lebat dan Angin Kencang Dijangka di Beberapa Negeri

⛈⛈⛈ Jumaat, 11 Oktober 2024 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara.

Antara kawasan yang terlibat ialah:

  • Perlis
  • Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda
  • Pulau Pinang
  • Perak: Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang
  • Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
  • Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit), Bintulu (Tatau)

⚡️⚡️⚡️ MetMalaysia memberi amaran bahawa ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku, dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam. Situasi ini berpotensi berlarutan melebihi sejam di kawasan yang terlibat.

Amaran ribut petir ini dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga berdasarkan tanda-tanda awal. Ia adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari waktu keluaran.

Waktu Dikeluarkan: 8:15 pagi, 11 Oktober 2024.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini akibat cuaca buruk ini.