Atlet Perancis Dapat Tawaran Lebih RM1Juta Dari Syarikat Porno Selepas Viral Kemaluan Sangkut Di Palang

Viral

Atlet Lompat Bergalah Perancis Tular, Tawaran Lumayan Daripada Laman Dewasa Seterusnya

PARIS: Atlet lompat bergalah Perancis, Ammirati, yang mengalami kekalahan di Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini, kini menerima tawaran yang mungkin membuka peluang baru yang lebih ‘besar’. Meskipun gagal membawa pulang pingat, Ammirati kini menjadi tumpuan utama selepas video aset kelakiannya tular di media sosial.

Video tersebut menarik perhatian sebuah laman hiburan dewasa, CamSoda, yang menawarkan bayaran lumayan sebanyak $250,000 (kira-kira RM1.1 juta) untuk Ammirati mempamerkan asetnya selama 60 minit di hadapan kamera.

Menurut laporan US Weekly, Naib Presiden CamSoda, Daryn Parker, telah mengemukakan tawaran ini kepada Ammirati, 21, dengan harapan atlet tersebut akan mempamerkan asetnya di platform mereka. Dalam surat tawaran itu, Parker menulis, “Walaupun anda tidak membawa pulang pingat emas, anda masih boleh memiliki ‘emas’ daripada peminat anda melalui CamSoda – itu masih sesuatu yang berharga, bukan?”

Parker turut menyarankan agar Ammirati menonjolkan kelebihan fizikalnya dengan yakin dan mencipta acara sukan Olimpik versi peribadi di laman tersebut.

Setakat ini, Ammirati belum memberi respons terhadap tawaran ini yang dianggap sebagai ‘rezeki terpijak’ oleh ramai netizen di media sosial. Tawaran ini jelas menunjukkan bahawa di sebalik kekalahan di arena sukan, ada peluang lain yang menanti dalam dunia hiburan dewasa.

Wey, tengoklah barang ni. mungkin dia pakai alat ni untuk bagi besar Bebird dia.