Berita Baik : Kereta Tinted Kini Dibenarkan Di Brunei

BERITA TERKINI Borneo

Pengumuman Baharu bagi pemasangan Tinted Glass (VLT)

1. Akan dilaksanakan bermula 1 Ogos 2024.

2. Mesti memohon dulu melalui JPD.GOV.BN , dgn kadar bayaran $20. Dan dihantar borang  ke kaunter JPD mulai 1 ogos.

3. Selepas pembayaran dorang akan bagi RESIT sebagai PEMBUKTIAN dan jika terjadi Roadblock nanti resit tersebut mesti ditunjukkan kepada pihak berkuasa jika ada masalah. Jadi anda kena simpan resit tersebut.

4. Kadar peratusan baru bagi tinted kereta adalah semakin galap, sebelum ini 70% cahaya tembus (maknanya 30% saja gelapnya) , maka makin tinggi peratusan tingkat kegelapannya. (Sila rujuk gambar).

5. Masa ini kalau ingin memasang tinted, boleh pergi ke kedai tinted ataupun memasang sendiri, tetapi pastikan ada resit pembayaran dari JPD, rujuk no 3 di atas. dan pastikan mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

6. Kegagalan seperti tidak ada resit ataupun tinted lebih peratusan dari yang dibenarkan boleh dikompaun sehingga $500.