Gempar! Bintang Bola Sepak Selangor Faisal Halim Dilaporkan Diserang Dengan Asid

Viral

KUALA LUMPUR: Kejadian tragis menimpa bintang bola sepak Selangor, Faisal Halim, apabila beliau dilaporkan diserang dengan asid di kawasan Damansara sebentar tadi.

Menurut sumber, Faisal telah dibawa ke Hospital Thomson dengan segera untuk menerima rawatan perubatan yang diperlukan.

Kehadiran beliau di hospital disertai dengan luka-luka serius di badan, tangan, dan muka akibat serangan asid tersebut. Turut dilaporkan bahawa pakaian yang dipakainya juga terjejas akibat asid yang dilemparkan.

Sumber ; Stadium Astro