Cara Memohon RM5K Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 (NADMA)

Toturial

Jabatan Perdana Menteri melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ada menyediakan bantuan secara One Off RM 5,000.00 bagi kematian akibat Covid-19 atau kematian dengan Covid-19.

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:-

  1. Hanya pengesahan kematian akibat Covid-19  yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
  2. Hanya kematian akibat Covid-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberikan bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.
  3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terlebih satu permohonan daripada waris-waris si mati. Nadma hanya akan mempertinbangkan permohonan pertama sahaja.

Kaedah Permohonan

  1. Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap . Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Borang permohonan (Lampiran A) akan disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian kerana Covid 19
  • Salinan sijil kematian
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
  • Salinan Penyata bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)

2. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos/ email / whatsapp ke NADMA :-

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara,

(NADMA) Jabatan Perdana Menteri,

Aras 7, Blok D5, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 Putrajaya

(u.p : Sekretariat KWABBN)

atau melalui Alamat rasmi E-mel : bkcovid@nadma.gov.my

atau melalui Whatsapp : +6011-13218056

Kaedah bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Eletronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Penafian

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

borang bantuan khas pengurusan kemtian covid-19

Leave a Reply