Cara Mudah Memohon Bekerja Sebagai Jururawat di Singapura

Toturial

Cara Mudah memohon Bekerja Sebagai Jururawat di Singapura

Ingin mencuba kerjaya di Singapura sebagai jururawat? Berikut adalah panduan lengkap tentang cara memohon pekerjaan jururawat di Singapura dengan langkah yang mudah dan efisien. Persediaan dokumen, cara-cara memohon, hingga tips temuduga akan dibincangkan.

1. Sediakan Dokumen Penting (PDF Format)
Langkah pertama untuk memohon kerja di Singapura ialah menyediakan dokumen penting dalam format PDF. Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan (IC)
  • Pasport (jika ada)
  • Sijil Diploma Kejururawatan
  • Sijil Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
  • Sijil Amalan Tahunan (APC) yang sah
  • Transkrip Akademik (boleh diminta dari kolej)
  • Surat Pengesahan Majikan (minta daripada HR)
  • Sijil Pos Basik (jika ada)
  • Resume atau CV yang terkini

2. Mula Mencari Kerja
Anda boleh mula mencari pekerjaan melalui beberapa cara:

  • Portal Pekerjaan: Kunjungi laman web seperti Jobstreet Singapura untuk mencari peluang kerja terkini.
  • Agensi Pekerjaan: Beberapa agensi terkenal seperti RN Care, Talent Focus, dan Sehat Jobs menawarkan bantuan mencari kerja di Singapura.
  • Hospital Singapura: Cari laman web rasmi hospital di Singapura dan memohon terus melalui laman tersebut.

3. Bersedia Untuk Temuduga
Setelah memohon, langkah seterusnya ialah bersedia untuk temuduga. Ada yang dilakukan secara virtual, dan ada juga yang memerlukan temuduga bersemuka di Malaysia.
Beberapa soalan yang lazim ditanya dalam temuduga termasuk:

  • Pengenalan diri dan pengalaman kerja.
  • Sebab mahu bekerja di Singapura.
  • Jenis kes yang biasa diuruskan di tempat kerja anda.
  • Soalan mengenai gaji yang diharapkan. Degree Holder dalam $2K-3.4K. kalau termasuk elaun dalam $4.3K-5K
  • Matlamat kerjaya dalam tempoh lima tahun akan datang. maksudnya dimana kamu selepas 5 tahun bekerja di Sigapore? semestinya jawatan yang lebih tinggi.

4. Menunggu Surat Tawaran
Selepas temuduga, biasanya keputusan akan diketahui dalam beberapa hari. Jika anda diterima, fikirkan dengan teliti sebelum menandatangani surat tawaran. Pastikan anda bersedia dan tidak menarik diri selepas menandatangani, kerana sesetengah agensi mengenakan penalti jika menarik diri.

5. Uruskan Dokumen untuk Singapore Nursing Board (SNB)
Seterusnya, anda perlu menguruskan pendaftaran lesen dengan Singapore Nursing Board (SNB). Proses ini melibatkan pengesahan transkrip akademik dan pendaftaran di LJM, di mana LJM akan menghantar dokumen yang disahkan kepada SNB.

6. Pendaftaran Permit Kerja di Kementerian Tenaga Kerja Singapura
Agensi anda akan membantu menguruskan pendaftaran permit kerja atau In Principal Approval (IPA) dengan Ministry of Manpower (MOM) Singapura.

7. Pemeriksaan Kesihatan
Agensi pekerjaan juga akan mengatur pemeriksaan kesihatan, yang boleh dilakukan sama ada di Malaysia atau Singapura.

Peringatan Penting:
Jangan berhenti kerja di Malaysia sehingga semua proses selesai, termasuk VOT, VOR, SNB, IPA, dan pemeriksaan kesihatan. Proses ini biasanya mengambil masa antara 6 hingga 8 bulan.

Dengan panduan ini, anda kini lebih bersedia untuk memulakan kerjaya di Singapura. Semoga berjaya!

Tips Asal : Sherren Shondara Minggu