Cara Renew Passport Hanya Kurang Dari 1 Jam

Uncategorized
Renew Passport Hanya Kurang Dari 1 Jam
Download Apps QMS untuk ambil No Giliran
Tekan > Service Providers > Jabatan Imigresen Malaysia > Pilih Negeri & Daerah Anda Untuk Berurusan. (No giliran akan dibuka seawal 6 AM)
Saya berurusan di UTC Kuching dan semua kaunter buka. Jadi sekejap sahaja urusan selesai. Jangan lupa pakai baju gelap ya untuk bergambar nanti untuk renew passport baru. Lepas siap, nombor giliran akan dipanggil semula nanti untuk buat bayaran di kaunter seterusnya.
Bayaran RM200 untuk 5 tahun. Bayar guna Debit/Credit Card (Cashless)
Hantar borang & resit bayaran di kaunter yang ditetapkan, tunggu dalam 20-30mins.
Siap dan boleh tuntut Passport Baru ✅