Cara Tukar Capacitor Kipas Angin

Toturial
Tips Jadikan Kipas Siling SLOW Berputar Laju!
Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi2 bahasa saja.
Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ni macam hos, kalau tak elok, air akan leleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.
Saya kongsi step by step tukar capacitor untuk kipas standard:
1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)
2. Tanggalkan capacitor lama
3. Potong wayar capacitor yang bersambung dgn earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana2 hujung kemudiannya)
4. Gantikan capacitor baru, sambungkan semula wayar earth & wayar supply.
5. Siap
Nota: jangan lupa peralatan screw driver/test pen & wire cutter. kipas laju semula macam helicopter.
Kredit: Malaysian Response Team