Rumah Panjai

Cari sampai dapat pemandu ALZA YG MELARIKAN DIRI Selepas Menyebabkan Kemalangan Axia Dengan Lori Balak

Detail kes kemalangan di lebuh raya:
Cari sampai dapat pemandu ALZA YG MELARIKAN DIRI.
Terselamat Dari Maut.
Seorang pemandu kereta perodua Axia terselamat dari maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori balak yang yang hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah kereta perodua Alza yang memotong sebelah kiri di kilometer 88 Sungai lalang arah gurun, Lebuhraya Utara Selatan PLUS.
Mangsa pemandu Perodua Axia yang tersepit telah dikeluarkan oleh Pasukan Tindakbalas Kecemasan Pertahanan Awam Madad dan dibantu orang ramai.
Mangsa Pemandu lori balak dan pemandu kereta axia telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan.
Pemandu kereta Alza yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah meninggalkan tempat kejadian bersama beberapa kotak rokok yang telah dibawa penuh kereta.
Pemandu lori tu dah cuba kawal lori dia sebaik yang boleh. Dia turun menangis sambil tolong pemandu kereta axia yang tersepit bawah lori tadi.
CC: Mohamad Khamidon Sadi

Exit mobile version