Rumah Panjai

Cubaan Rampasan Senjata Polis Gagal, Lelaki Mabuk Berusia 35 Tahun Ditangkap

Polis Tahan Warga Asing Didakwa Lakukan Perbuatan Lucah Terhadap Datuk Seri Aliff Syukri

Polis Tahan Warga Asing Didakwa Lakukan Perbuatan Lucah Terhadap Datuk Seri Aliff Syukri

Cubaan Rampasan Senjata Polis Gagal, Lelaki Berusia 35 Tahun Ditangkap

GEORGE TOWN – Usaha merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato’ Keramat di sini berakhir dengan kegagalan selepas suspek berjaya ditangkap pada pagi Ahad.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi itu turut melibatkan cubaan suspek untuk menyerang anggota polis dengan menggunakan topi keledar sehingga berlaku pergelutan antara mereka.
ALAMARI PUTIH 2 PINTU MODEN BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, menjelaskan bahawa lelaki berusia 35 tahun itu, dalam keadaan dipengaruhi alkohol, tiba di balai tersebut dan meminta anggota polis membuka pagar. Apabila anggota polis menasihati lelaki tersebut untuk meninggalkan kawasan, permintaan itu diabaikan.

“Hampir berlaku rampasan senjata api, namun anggota polis berjaya menghalangnya. Suspek kemudian cuba menyerang dengan topi keledar sehingga berlaku pergelutan semasa proses tangkapan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
SMART TV MURAH RM300 BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Suspek yang mempunyai empat rekod lampau termasuk dua kesalahan dadah, didapati negatif pengaruh dadah melalui ujian air kencing.

“Suspek akan direman selama empat hari sehingga 22 Mei untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” tambahnya.
TILAM BUJANG 4 INCH RM49 BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

 

Exit mobile version