(VIDEO) Empat Lelaki Dit4han Kerana Berl4wan Bunga Api

ISU SEMASA Viral

KOTA BHARU: Empat lelaki yang berusia antara 22 hingga 27 tahun telah dit4han oleh Polis Kelantan kerana didakwa bermain bunga api secara berl4wanan yang melibatkan dua kumpulan di kawasan Lembah Sireh, pada pukul 3 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, keempat-empat lelaki tersebut dit4ngkap ketika sedang asyik bermain bunga api di dua lokasi yang berbeza, iaitu berhampiran Pasaraya Lotus dan di atas Jambatan Sultan Yahya Petra. Perbuatan mereka telah menyebabkan gangguan bunyi yang bising dan mengganggu ketenteraman awam.

“Kami menerima maklumat melalui panggilan telefon dari MERS 999 tentang kejadian tersebut. Siasatan awal mendapati bahawa tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda yang dilaporkan,” ujar ACP Mohd Rosdi.

JUMPERSET MURAH BELI DISINI

Beliau juga menambah, semua yang dit4han telah dibebaskan setelah keterangan diambil dan amaran keras telah dikeluarkan kepada mereka agar tidak mengulangi perbuatan serupa di masa depan.

ACP Mohd Rosdi mengingatkan bahawa bermain bunga api sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang awam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955. Selain itu, individu yang sengaja mengak1batkan letVpan atau menyimpan bahan letVpan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207), yang boleh mengakibatkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Kejadian ini menjadi tular di media sosial selepas video berdurasi lima minit 16 saat yang merakamkan peristiwa tersebut tersebar luas.