Gadis Rohingya Sanggup Kahwin Lelaki Tempatan Untuk Sesuap Nasi.

ISU SEMASA

Gadis Rohingya sanggup kahwin lelaki tempatan untuk sesuap nasi.

Gadis muda Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan di Bangladesh demi memastikan lebih banyak makanan diterima untuk diri dan keluarga mereka.

Program bantuan makanan untuk setiap isi rumah yang diberikan oleh PBB nampaknya tidak mencukupi apabila keluarga yang mempunyai gadis semuda 12 tahun memberikan anak mereka untuk dijadikan isteri supaya bahagian makanan diterima cukup untuk setiap mulut dalam keluarga itu lapor The Guardian.

Seramai hampir 700,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmmar setelah pihak tentera di negara itu memulakan apa yang digelar penghapusan etnik secara total, anggota tentera juga turut merog0l wanita dan membunuh1 dalam skala yang besar.

Petugas kesihatan di Bangladesh memberitahu gadis berusia 12 tahun adalah paling ramai datang untuk mendapatkan rawatan akibat dari penderaan seksual1 di Kem Rakhine, Myanmmar.

Manakala di kem COX’s Bazaar perkahwinan di usia muda telah menjejaskan kesihatan mental dan psikologi kanak-kanak di kem tersebut.

“saya tidak tahu itu sebenarnya perkahwinan” kata seorang gadis bernama Anwara yang melarikan diri dari Rakhine apabila tentera Myammar membakar rumah keluarganya di sana. Dia melahirkan anak pertama pada usia 14 tahun apabila tiba di Bangladesh.

Walaupun bantuan beras sebanyak 25kg diberikan kepada setiap keluarga namum ia hanya cukup untuk menampung keluarga seramai 5 orang sahaja oleh itu perkahwinan pada usia muda telah menjadi suatu kebiasaan buat etnik Rohingya untuk kelangsungan hidup mereka.