Generasi Ketiga Diluar Sarawak Tiada Hak Terima Bantuan Kerajaan Sarawak

Borneo

Generasi Ketiga Diluar Sarawak Tiada Hak Terima Bantuan Kerajaan Sarawak

KUCHING: Isu mengenai generasi ketiga yang dilahirkan diluar Sarawak tanpa status rakyat semakin menjadi sorotan. Ini berikutan keputusan Kerajaan Sarawak yang menetapkan bahawa generasi ketiga yang tidak dilahirkan di Sarawak tidak layak menerima bantuan dari pihak berkuasa tempatan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menjelaskan bahawa ibu bapa yang merupakan generasi pertama dan melahirkan anak mereka (generasi kedua) di luar Sarawak perlu sedar akan perubahan ini. Beliau menekankan bahawa keputusan ini boleh mengakibatkan cucu mereka (generasi ketiga) kehilangan status rakyat Sarawak jika mereka dilahirkan di luar negeri.
SET PAKAIAN TRADISIONAL DAYAK BERKUALITI TINGGI BELI DISINI.BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

“Perkara ini boleh mengakibatkan penafian hak mereka, terutamanya dalam akses kepada bantuan pendidikan percuma di universiti yang dimiliki oleh Kerajaan Sarawak dan kemudahan kesihatan di negeri ini,” katanya.

Beliau menambah, “Jika dua generasi selepas generasi pertama tidak dilahirkan di Sarawak, maka generasi ketiga tidak lagi mempunyai status rakyat Sarawak. Walaupun mereka mempunyai kod ‘K’, namun jika dilahirkan diluar Sarawak, cucu mereka hanya layak menjadi rakyat Sarawak melalui perkahwinan dengan rakyat tempatan.”

“Mereka hanya merupakan warganegara Malaysia tanpa status rakyat Sarawak dan tidak layak menerima pendidikan percuma di universiti yang dimiliki oleh Kerajaan Sarawak serta tidak layak menerima bantuan di kemudahan kesihatan di negeri ini,” jelasnya.
KEBAYA PRINCESS BERKUALITI DAN BERBALOI RM35 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Beliau menyuarakan kebimbangan tersebut semasa berucap pada Majlis Makan Malam Vaisakhi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Tambah beliau lagi, ibu bapa Sarawak yang tinggal di luar negeri perlu peka akan perkara ini sekiranya mereka ingin memastikan cucu mereka menerima bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

Pada majlis yang sama, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan, turut menyerahkan geran peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada Sarawak Sikh Temple Association (SSTA).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah UNIFOR, Datu Jack Aman Luat, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Samuel Simon, Presiden SSTA, Dr Kalwinder Singh Khaira, serta tetamu kehormat lain.
SET NGEPAN PAKAIAN IBAN BERKUALITI TINGGI RM69 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH