online hilang ic

Ini Cara:MyKad Hilang/Ganti Mohon Gantian Baru! Online 2021

ISU SEMASA

MyKad anda rosak atau hilang?

Kini anda tak perlu bersesak di JPN lagi memandangkan sistem gantian MyKad telah mula beroperasi bagi memudahkan pengguna membuat permohonan gantian MyKad secara online.

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya (MyKad) hendaklah memohon kad pengenalan gantian dengan segera.

ika sebelum ini pemohon perlu memohon secara manual di mana-mana kaunter JPN, kini anda hanya perlu login sistem gantian MyKad di https://mykadganti.jpn.gov.my/

Gantian MyKad

Sebelum menggunakan sistem gantian ini, pengguna perlu mendaftar di portal kerajaan Malaysia terlebih dahulu.

Sebagai warganegara Malaysia, sudah tentunya setiap individu mempunya Kad pengenalan (Mykad). IC, MyKad atau kad pengenalan adalah salah satu dokumen peribadi yang perlu kita bawa ke mana-mana dan perlulah dijaga sebaik mungkin.

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pendaftaran Negara JPN telah mengeluarkan arahan yang keras dengan mengambil tindakan denda mana-mana yang hilang kad pengenalan. IC hilang apa nak buat? Ini yang anda perlu tahu sama ada anda pernah hilang kad pengenalan kali pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.

Di artikel ini kami kongsikan cara permohonan mykad online & semakan kadar denda.

CARA PERMOHONAN MYKAD ONLINE

Bagi permohonan secara online hanya 4 jenis pengantian sahaja yang dibenarkan iaitu :

  1. Gantian Kerosakan Fizikal Kad
  2. Gantian Kerosakan Cip
  3. Gantian Biasa
  4. Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)

DAFTAR SISTEM PERMOHONAN SISTEM GANTIAN MyKAD

Pemohon yang baru pertama kali menggunakan sistem MyKadGanti mesti mendaftar terlebih dahulu:

  1. Layari pautan: https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  2. Klik pautan “Daftar akaun sekarang” seperti yang dipaparkan..
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  4. Pemohon akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
  5. Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
  6. Seterusnya pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web
  7. Masukkan kata laluan yang anda ingin, sahkan sekali lagi.

Sahkan CAPTCHA yang tertera.

Notifikasi pengaktifan kata laluan berjaya

LOGIN SISTEM PERMOHONAN SISTEM GANTIAN MyKAD

Cara permohonan mykad online adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan: https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  2. Masukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada Permohonan di menu utama atau pada pautan “Mohon di sini”.
  4. Pada laman Akuan Penafian. Klik pada butang “Setuju”.
  5. Masukkan semua butiran maklumat permohonan yang diperlukan.
  6. Sekiranya permohonan gantian memerlukan perbayaran, pemohon/pengguna akan di redirect kan ke Payment Gateway.
  7. Pemohon boleh semak pada Menu “Rekod Transaksi “ atau klik pautan klik sini untuk melihat status kemaskini permohonan.
  8. Sila cetak resit pembayaran dan bawa bersama untuk mengambil kad pengenalan baru anda di kaunter.

TEMPOH MASA KUTIPAN MYKAD

Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :

  • Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
  • Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
  • Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak

WAKTU OPERASI SISTEM GANTIAN MYKAD

Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN adalah seperti berikut :

  • Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
  • Cuti Umum : Sistem ditutup

SOALAN LAZIM

Perlukah Buat Laporan Polis Jika MyKad/IC Hilang?

  • Anda disarankan agar bersegera ke balai polis untuk membuat laporan MyKad hilang. Salinan laporan polis itu boleh digunakan sementara anda belum membuat kad pengenalan baru dan perlu dikemukakan kepada JPN semasa permohonan kad pengenalan baru.
  • Berapakah harga Jumlah Bayaran Denda IC hilang Akibat Kecuaian Sendiri?
  • Kehilangan Bayaran Denda Jumlah + Caj
  1. Kali Pertama RM100 RM110
  2. Kali Kedua RM300 RM310
  3. Kali Ketiga, Seterusnya RM1,000 RM1,010

* Setiap kehilangan turut akan dicaj dengan bayaran permohonan sebanyak RM10

Apakah syarat untuk membuat gantian Mykad secara online?

  • Anda mesti warganegara Malaysia
  • Caj bayaran dibayar semasa mengambil gantian kad di cawangan JPN
  • Hanya kad pengenalan yang rosak sahaja dibenarkan tanpa mengubah alamat rumah / kediaman atau gambar
  • Permohonan kad pengenalan yang telah anda buat mesti diambil oleh pemilik iaitu anda sendiri

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang IC hilang,sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di talian berikut:

 

Telefon: 03-8000 8000

http://www.jpn.gov.my

pro@jpn.gov.my

Semoga manafaat kepada semua; sumber jpn.gov.my

 

Leave a Reply