Jawatan Konduktor Bus Yang Telah Pupus Mengamit Kenangan Lalu

Toturial

KONDUKTOR BAS KINI DALAM KENANGAN


“Masuk Belakang Lagi,  Belakang lagi. Orang Lain Pun Mau Naik” Itu antara ayat yang disebut konduktor bus setiap kali bas mengambil penumpang.  Tidak dinafikan suatu ketika dahulu konduktor bas juga merupakan antara individu penting dalam sistem perkhidmatan bas negara.

Tetapi setelah jawatan konduktor bas ini dilupuskan, perkhidmatan bas mula menempuh era baru dalam sistem pelaksanaannya kerana melakukan beberapa penambahbaikan yang lebih mantap sejajar dengan dunia digital.

Sekarang para penumpang terpaksa beratur terlebih dahulu di hadapan pemandu bas untuk membayar tambang disebabkan pemandu bas itu sendiri yang menjadi cashier mengutip duit tambang daripada para penumpang. Proses ini berjalan perlahan jika nak dibandingkan sewaktu perkhidmatan konduktor bas masih lagi digunapakai.

Namun kini perkara paling tak best, para penumpang terpaksa menyediakan wang kecil secukupnya melainkan mereka mempunyai Touch N Go dan dapatlah menjimatkan masa serta mempercepatkan urusan pembayaran tambang.

Jika diimbau kembali, kerjaya konduktor bas ini bukan hanya sekadar menjadi pengutip duit tambang ticket semata-mata, malah beliau juga menjadi pembantu kepada pemandu bas itu sendiri. Mungkin pekerjaan konduktor bas barangkali di anggap mudah dan dipandang enteng oleh sesetengah orang.

Sekurang-kurangnya dengan adanya konduktor bas ini bebanan kerja pemandu bas itu sendiri dapat dikurangkan dan pemandu bas dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam soal keselamatan jalanraya ketika pemanduan. Selain itu juga dengan adanya jawatan konduktor bas tersebut ianya dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negara kita.

Untuk pengetahuan semua, ada diantara celebriti tanahair yang bergelar VIP pernah menjadi konduktor bas suatu masa dahulu…Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah tokoh perfileman negara kita Dato’ Yusof Haslam. Anak kelahiran Jalan Pahang, Setapak ini pernah menjadi konduktor bas Sri Jaya yang menyediakan perkhidmatan dari Setapak ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Hari ini beliau merupakan seorang yang sangat berjaya dan menjadi individu penting dalam industri hiburan dan perfileman negara kita Malaysia. Dato’ Yusof Haslam kini menetap di kawasan perumahan Taman Melawati di pinggir Kuala Lumpur..

Leave a Reply