Kerajaan Pertimbangkan Semula Elaun Ketua Masyarakat di Sarawak

Borneo

Kerajaan Pertimbangkan Semula Elaun Ketua Masyarakat di Sarawak

KUCHING: Kerajaan kini sedang menilai semula gaji dan elaun ketua masyarakat di negeri ini untuk memastikan ia setara dengan usaha dan pengorbanan mereka. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyatakan bahawa elaun dan pendapatan ketua masyarakat serta ketua kaum kini tidak sepadan dengan tugas mereka.
TYESO VACUUM INSULATED TUMBLER ADA WARANTI BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH 

“Saya tahu sebagai salah seorang dalam kabinet, kerajaan sedang meneliti dan menilai semula gaji atau elaun dari temenggung hingga ke ketua masyarakat. Kita sudah menetapkan gaji minimum di peringkat negara dan negeri, dan jika elaun ketua masyarakat berada di bawah garis kemiskinan, ia memalukan kerajaan yang sering menyatakan pendapatan rakyat meningkat,” katanya.

Beliau menyarankan agar elaun ketua masyarakat disemak semula, sama seperti kerajaan menyemak dan menaikkan gaji penjawat awam. Abdul Karim berkata demikian pada Majlis Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) N15 Asajaya di Hotel Grand Margherita di sini, hari ini.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, beliau berharap semakan semula pendapatan KMKK akan memberi semangat kepada ketua masyarakat. Beliau mengakui bahawa perkhidmatan mereka selama ini banyak dilakukan secara sukarela dan tugas mereka sangat besar.
CARGO PANTS MEN NORMAL FIT RM18 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

“Kebanyakan tugas mereka dilaksanakan secara sukarela, bekerja siang dan malam. Tanggungjawab mereka besar dan jika dibandingkan gaji dengan tanggungjawab itu, ia agak sukar dinilai,” jelasnya yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.

Abdul Karim turut menghargai usaha dan pengorbanan KMKK di kawasan Asajaya. Dalam majlis tersebut, beliau menyerahkan sijil penghargaan kepada 19 KMKK yang melibatkan pelantikan baharu, penyambungan perkhidmatan, serta mereka yang tidak meneruskan perkhidmatan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat, dan tetamu-tetamu lain.