Rumah Panjai

Mayat Wanita Ditemui Di Tepi Jalan Dipercayai Dit3mbak

Wanita Ditemui Mati Dipercayai Ditembak di Padang Terap

PADANG TERAP – Satu kejadian tragis menggemparkan penduduk apabila seorang wanita ditemui mati dipercayai ditembak di kawasan Durian Burung, di sini, semalam.

Mayat wanita berusia 30-an itu ditemukan oleh orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan bahawa polis menerima laporan penemuan mayat pada jam 7 malam.

“Sekumpulan anggota polis telah diarahkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan di badan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa wanita tersebut dipercayai merupakan warga Thailand, namun siasatan lanjut masih dalam proses.

Mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat.

Mulkiaman menambah, pihak polis kini sedang berusaha mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian.

“Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dijangka akan memberi kenyataan lanjut berkaitan dengan kejadian yang berlaku dalam masa terdekat.

Exit mobile version