Memalukan! Ini Yang Pihak Pengurusan Lakukan Kepada Pemain Sarawak United FC

Borneo

Sehingga hari ini, Professional Footballers Association Malaysia (PFAM) telah menerima laporan daripada beberapa orang pemain Sarawak United FC mengenai isu tunggakan gaji pemain pada ini sudah memasuki bulan ke empat.

Pada 14 Jun yang lepas, pihak PFAM pernah mengeluarkan notis kepada kelab Sarawak United FC berhubung tuntutan tunggakan kepada pemain yang telah membuat aduan. Notis kali ke dua telah diberikan kepada Sarawak United FC pada 8 Julai yang lepas.

Sungguhpun sudah menerima maklum balas daripada pihak kelab untuk melunaskan tunggakan gaji, namun sehingga kini, tunggakan tersebut masih belum dijelaskan sepenuhnya oleh kelab.

Tambah menyedihkan pada bulan Jun yang lepas, para pemain terpaksa berhadapan dengan situasi menerima notis untuk mengosongkan tempat penginapan mereka kerana bayaran sewa rumah tidak dibayar oleh pihak kelab.

Pihak pengurusan kelab sepatutnya memberikan keutamaan terhadapa kebajikan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengelakkan hukuman yang berat akan dikenakan terhadap pasukan tersebut.

PFAM memandang serius tentang isu tunggakan gaji pemain dan akan membawa perkara ini ke peringkat NDRC dalam masa yang terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *