Pasangan Pengantin Baharu Meninggal Dunia Kerana Overdose Ubat Peransang Seks

Viral

Indonesia : Disebabkan terlebih memakan ubat kuat seks atau ubat perangsang seks, sepasang suami isteri muda di Jakarta telah maut.

Pasangan baharu ini telah ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di kawasan Karangpandan, Karanganyar, Jawa Tengah semasa kakitangan hotel membuat pemeriksaan setelah menyedari mereka terlewat mendaftar keluar, Isnin lalu.

Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima Sakti mengesahkan, pasangan ini yang berusia 30 dan 27 tahun  berasal dari kota Mojosongo, Kota Solo itu baharu saja bernikah beberapa minggu lalu.

Menurutnya, kedua mereka telah membuat tempahan untuk menginap di hotel itu pada 4.30 petang, Sabtu lalu.
“Mengikut laporan kakitangan hotel tersebut, pasangan ini sempat memohon untuk memanjangkan tempoh masa menginap mereka kepada 4 petang, Ahad.

“Namun, pada keesokan harinya, kedua mereka tidak muncul sehingga kakitangan hotel membuat pemeriksaan dan menemukan kedua-duanya sudah meninggal dunia,” katanya.

Berdasarkan bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada tanda-tanda berlaku kekerasan pada tubuh badan mereka berdua.

“Pasangan ini disahkan meninggal dunia kerana dipercayai terlalu mengambil ubat kuat dalam dos yang banyak  telah menyebabkan denyut jantung mereka laju dan pembuluh darah pecah sebelum meninggal dunia.

“Punca kematian ini diperkukuhkan lagi dengan barang bukti iaitu sisa ubat kuat yang diminum mereka yang ditemukan di bilik hotel itu.

“Sebuah botol suplemen atau ‘ubat kuat’ ditemukan kosong serta satu satu strip ubat kelihatan terbuka dan sudah digunakan,” katanya.

Kredit : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *