Patut Pengantin Lelaki Tidak Perasan Isterinya Pondan, Rupa-Rupanya Ini Taktik Pondan

ISU SEMASA Viral

CIANJUR – Dalam kisah tragis yang menggemparkan, seorang suami di Kampung Wangunjaya, Daerah Naringgul, Cianjur, AK (26), terperangkap dalam pernikahan yang penuh dengan kebohongan setelah beliau mengetahui bahawa isterinya sebenarnya adalah seorang lelaki.
BLENDER MURAH DESSINI BELI DISINI.BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Detik.Com melaporkan bahawa tragedi ini terbongkar selepas 12 hari perkahwinan mereka. Adinda Kanza, lelaki yang berpura-pura sebagai perempuan, berjaya mengelirukan AK hingga mereka disatukan dalam ikatan suci perkahwinan.

Pada mulanya, AK tidak pernah terlintas bahawa Adinda sebenarnya seorang lelaki, walaupun mereka telah menjalin hubungan kekasih selama setahun. Namun, kecurigaan mula timbul selepas perkahwinan apabila Adinda menunjukkan kelakuan yang mencurigakan, termasuk menolak untuk berhubungan intim dan enggan bergaul dengan keluarga serta masyarakat setempat.
TILAM BUJANG 4 INCH RM49 BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Menurut pihak polis tempatan yang menjalankan siasatan, Adinda kelihatan seperti seorang perempuan dan sering keluar rumah dengan pakaian wanita lengkap.

“Setiap kali keluar rumah, dia mengenakan pakaian wanita dengan solek yang memukau, suaranya juga lembut. Jadi, tidak menghairankan jika tidak ada yang meragukan identitinya sebagai seorang lelaki,” ujar Kanit Reskrim Polsek Naringgul, Bripka Ridwan Taupik.
KIPAS 5 BLADE, FUNGSI 3 IN 1 BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Adinda kini telah ditahan oleh pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK. Kejadian ini memberi pengajaran yang amat dalam tentang pentingnya memahami seseorang dengan lebih mendalam sebelum melangkah ke jenjang perkahwinan.

Foto : Detik.com