Rumah Panjai

Pemuda 19 Tahun Tular Kerana Nak Beli Proton X50 Walaupun Gaji Baru RM1,100

Baru 19 tahun, gaji RM1,100 mohon ‘full loan’ beli X50

Baru 19 tahun, gaji RM1,100 mohon ‘full loan’ beli X50

Pemuda 19 Tahun Tular Kerana Nak Beli Proton X50 Walaupun Gaji Baru RM1,100

Seorang pemuda berusia 19 tahun telah menjadi bualan hangat di media sosial selepas tangkap layar perbualan WhatsApp beliau bersama seorang jurujual kereta tular, menunjukkan hasratnya untuk membeli Proton X50 walaupun gaji bulanannya baru RM1,100.

Menurut maklumat yang diberikan kepada jurujual, pemuda itu bekerja dalam sektor swasta dan belum pernah membuat sebarang pinjaman sebelum ini. Pada mulanya, dia bercadang membeli Proton X70 tetapi menukar pilihan kepada Proton X50 setelah menyedari bayaran bulanan untuk X70 terlalu tinggi.

Jurujual tersebut sempat menasihati pemuda itu agar mempertimbangkan pilihan kereta lain memandangkan bayaran bulanan untuk SUV seperti Proton X50 mungkin melebihi kemampuan kewangannya. Beliau turut menyatakan bahawa ramai anak muda berusia antara 17 hingga 21 tahun kini berhasrat untuk memiliki kereta-kereta ‘mahal’ seperti Proton X50, Honda Civic, Toyota Vios, dan Honda City, dan enggan memilih model-model kereta lebih murah seperti Perodua Axia atau Proton Saga.

“Ramai budak-budak nak kereta ‘ada-ada’. Kebanyakan umur 17 hingga 21 tahun nak kereta Proton X50, Honda Civic, Toyota Vios dan Honda City. Minta beli Perodua Axia, Proton Saga tak minat katanya. Cabaran betul generasi sekarang,” ujar jurujual tersebut.

Reaksi daripada netizen di ruangan komen pelbagai, dengan ramai yang menegur sikap segelintir anak muda yang sanggup membebankan diri hanya untuk memiliki kereta mewah.

“Suruh dia pergi buat lesen dulu. Lesen pun dah dekat RM1,500,” seloroh pengguna @a.a.b.k.

“Orang muda sekarang suka bersaing kereta siapa lagi hebat. Sedangkan gaji baru RM2,000. Setiap bulan banyak duit kereta mahal, sangkut ikat perut, tak puas minta duit mak ayah untuk belanja lain,” komen Jefryy.

“Biarkan papa, asal bergaya. Sesuai la sangat dengan situasi ini. Tapi apa-apa pun, ukur baju di badan sendiri,” pesan Syakila.

Kredit – Kosmo! online

Exit mobile version