Pengedar D4Dah Warga Asing Ditangkap Di Miri

Borneo JENAYAH

Polis Berjaya Rampas D4dah Bernilai RM39,858 di Niah, Miri

MIRI: Polis berjaya merampas d4dah jenis k3tamin dan ek$tasi bernilai RM39,858 hasil penahanan seorang lelaki warga asing di sebuah pusat hiburan di Niah, awal pagi Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, suspek berusia 21 tahun itu dit4han dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak atas dugaan terlibat dalam aktiviti peng3daran d4dah.

“Serbuan pada jam 3.35 pagi itu berjaya merampas satu beg silang warga hitam yang mengandungi pelbagai jenis d4dah disyaki ket4min seberat 121.76 gram dan d4dah jenis ek$tasi seberat 78.50 gram,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat lalu.

Alexson turut mengesahkan nilai rampasan d4dah tersebut dianggarkan mencapai RM39,858 dan turut disita sejumlah wang tunai berjumlah RM2,760.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman berat bagi kesalahan pengedaran d4dah,” katanya.

Beliau menambah, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Miri bagi permohonan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan diluluskan reman selama enam hari untuk membantu siasatan lanjut.

Kepada orang awam, Alexson menyeru agar segera melaporkan aktiviti penyalahgunaan d4dah kepada pihak berkuasa setempat untuk tindakan sewajarnya.