Ramai Tak Tahu Pokok Ranyai, Simbol Unik Meriahnya Gawai

Borneo

Pokok Ranyai, Simbol Unik Meriahnya Gawai

Menjelang Gawai, sebatang pokok Ranyai akan didirikan di tengah-tengah ruai, sebuah ruang istimewa yang dibina mengikut struktur khas rumah panjang. Perayaan Gawai sememangnya dinantikan oleh komuniti Dayak. Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang bulan Mei sebagai persiapan menjelang perayaan Gawai yang disambut pada 1 Jun setiap tahun.
SET NGEPAN PAKAIAN IBAN BERKUALITI TINGGI RM69 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Seperti perayaan lain yang mempunyai hiasan tersendiri, begitu juga perayaan Gawai Dayak dengan hiasan pokok Ranyai. Bagi masyarakat Iban yang tinggal di rumah panjang, pokok Ranyai adalah satu kewajipan. Menjelang Gawai, pokok Ranyai akan didirikan di tengah-tengah ruai, ruang khas yang dibina mengikut struktur rumah panjang.

Setiap rumah panjang mesti mempunyai ruai kerana ruai adalah kawasan untuk bergaul dan berkumpul. Selain itu, penubuhan pokok Ranyai dilakukan berdasarkan hasil perbincangan dengan tuai rumah (ketua kampung) dan komuniti rumah panjang itu sendiri. Sama ada di ruai kawasan tuai rumah atau di ruai keluarga yang dipilih untuk menjadi tuan rumah perayaan Gawai, semuanya bergantung kepada tradisi sambutan rumah panjang tersebut.

Pembuatan pokok Ranyai ini adalah salah satu warisan yang masih kekal hingga ke hari ini. Mengikut tradisi, ia didirikan sebelum hari Gawai sebagai tanda bahawa perayaan akan tiba tidak lama lagi. Setelah pokok Ranyai didirikan, komuniti rumah panjang bersama-sama akan menghiasinya dengan pelbagai jenis barangan.

Barangan ini biasanya terdiri daripada makanan dan minuman seperti buah-buahan, kudapan, air kotak dan sebagainya. Semuanya akan digantung pada pokok Ranyai menjadikannya meriah. Sumbangan ‘buah’ Ranyai kebanyakannya datang daripada setiap keluarga di rumah panjang.
KACANG GAJUS EKONOMI MURAH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Pada hari Gawai, akan diadakan upacara Ranyai. Pengabang (tetamu) dan wakil keluarga rumah panjang akan bergilir-gilir menari tarian Ngajat mengelilingi pokok Ranyai sebelum memilih barangan yang digantung pada pokok tersebut. Iringan gong dan muzik tradisional akan memeriahkan acara tersebut.

Tali ikatan pada pokok Ranyai juga akan dipotong menggunakan parang selepas tarian Ngajat. Biasanya, sesiapa yang mengambil giliran terakhir akan menebang pokok Ranyai. Inilah keunikan tradisi di rumah panjang bersempena dengan Gawai.
BAJU TIDUR PYJMAS RM6 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

**Cerita: Nickyson Nyambar**