REKOD SARAWAK FA ‘2013’ YANG TIDAK PERNAH DIPECAHKAN OLEH PASUKAN LAIN.
Pasukan Sarawak FA adalah Juara Liga PremierĀ pada tahun 2013 dengan bergaya setelah berjaya melakar sejarah tersendiri dengan merekodkan semua aksi perlawanan tanpa kalah sepanjang 22 perlawanan.
Daripada 22 perlawanan, 18 kemenangan dan 4 keputusan seri untuk memastikan pasukan Sarawak berjaya merangkul kejuaraan Liga Premier buat kali pertama dalam sejarah professional bolasepak Sarawak. Kejayaan ini lebih manis lagi apabila Skuad kendalian Jurulatih dari Belanda ketika itu iaitu Robert Rene Alberts gagal dikalahkan sepanjang saingan Liga berlangsung dan rekod ‘The Invincibles’ itu masih kekal hingga ke hari ini!
Sehingga kini belum ada lagi pasukan yang mampu memecahkan atau menyamai pencapaian itu setakat ini. Umum mengetahui bahawa musim 2022 ini merupakan tahun terakhir Liga Premier beroperasi dan akan dihentikan mulai tahun hadapan. Status Liga Premier masih belum diketahui untuk musim-musim akan datang.
Kini pasukan Sarawak FA hanya tinggal sejarah dan kenangan yang tidak akan dilupakan serta akan sentiasa dekat di hati masyarakat Sarawak.