Rumah Panjai

Sarawak Dilantik Sebagai Hos Bersama Sukan SEA 2027

Sarawak Dilantik Sebagai Hos Bersama Sukan SEA 2027

Sarawak Dilantik Sebagai Hos Bersama Sukan SEA 2027

Sarawak Dilantik Sebagai Hos Bersama Sukan SEA 2027

KUCHING: Sarawak kini sah menjadi hos bersama untuk temasya terbesar Asia Tenggara, Sukan SEA 2027. Pengumuman bersejarah ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapan penutupan Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya malam tadi.

Menurut Datuk Seri Anwar, persiapan awal perlu dilakukan bagi memastikan penganjuran Sukan SEA berjalan lancar. “Kita telah menyaksikan kejayaan Sarawak dalam menganjurkan SUKMA XXI dengan cemerlang. Atas dasar itu, Kerajaan Malaysia bersetuju untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam menganjurkan Sukan SEA 2027,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa keputusan rasmi akan dibuat dalam mesyuarat kabinet yang dijadualkan pada hari Rabu ini. Dalam usaha mempersiapkan temasya sukan yang berprestij ini, jentera Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua persatuan sukan akan diminta untuk memulakan persiapan dengan segera.

Datuk Seri Anwar juga memberikan penghargaan kepada semua atlet yang bertanding dalam SUKMA XXI, memuji semangat perpaduan dan pencapaian yang ditunjukkan. “Prestasi atlet semakin meningkat dengan ketara. Keseluruhan pasukan mencatat pencapaian yang membanggakan dengan tujuh rekod kebangsaan dan 21 rekod SUKMA baru yang dipecahkan,” tambahnya.

Beliau juga menekankan pentingnya atlet muda yang menunjukkan prestasi cemerlang pada SUKMA XXI untuk meningkatkan latihan mereka, demi memastikan kejayaan yang lebih besar dalam Sukan SEA nanti. “Kami berharap atlet Malaysia akan mempamerkan prestasi yang luar biasa dalam Sukan SEA 2027,” kata Datuk Seri Anwar.

Dengan persiapan yang baik dan semangat yang tinggi, Sarawak bersedia untuk menyambut cabaran besar dalam penganjuran temasya sukan terbesar di Asia Tenggara ini.

Exit mobile version