“Saya Bertindak Demikian Kerana Dia Ingkar Hutang RM300.”

Viral

Batu Pahat: Wanita pembantu kedai snuker itu mendedahkan, “Saya bertindak demikian kerana dia ingkar hutang RM300.”

Itulah pengakuan terus dari seorang wanita di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin ketika ditanya tentang punca tindakannya menampar dan menarik rambut seseorang.

Tertuduh, Nur Arina Aqilah Kelana, 20 tahun, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan pencederaan terhadap seorang wanita pada Sabtu lepas, mengakui kebenaran pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di Mahkamah Majistret hari ini.
SMART TV MURAH RM300 BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Menurut dakwaan, dia dituduh sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah pusat snuker di sini pada jam 5:30 pagi, 4 Mei lalu.

Bagi pertuduhan ini, dia menghadapi Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara setahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.
TILAM BUJANG 4 INCH RM49 BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Dalam fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh menghampiri mangsa di pusat snuker dan melakukan tindakan merampas telefon bimbit sambil menarik rambut dan menampar mangsa.

Tindakan tersebut menyebabkan mangsa cedera dan kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, mendakwa kes tersebut manakala Tan Song Yan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili tertuduh.
ALAMARI PUTIH 2 PINTU MODEN BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Dengan pengakuannya, mahkamah menjatuhkan denda RM1,000 dan memerintahkan tertuduh dipenjarakan selama sebulan jika gagal membayarnya.

SUMBER : HARIAN METRO