Rumah Panjai

Simbah Asid Sulfurik Kerana Suami Kahwin Wanita Lain

Seorang wanita di Sumatera Selatan bertindak ganas dengan menyimbah asid sulfurik dan sos cili ke atas suaminya, didakwa kerana tidak dapat terima hakikat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Muba, Susianto, penangkapan wanita tersebut dari Musi Banyuasin berlaku selepas empat minggu suspek melarikan diri.
KASUT KESIHATAN NURSE BRAND FOOTLINK ORIGINAL BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Kejadian tragis itu berlaku di kediaman pasangan tersebut di Kampung Babat, Babat Toman, Ahad lalu, apabila wanita itu mengetahui suaminya bernikah dengan wanita lain yang dikenalinya melalui media sosial.

“Suri rumah itu menyimbah asid sulfurik dan air sos cili ke badan suaminya.

“Daripada pemeriksaan awal, suspek mengakui perbuatannya bermula selepas dia melihat hantaran perkahwinan suaminya bersama wanita lain di laman sosial Facebook,” katanya menerusi detikSumbagsel, semalam.

Susianto berkata, suspek telah ditangkap dan ditempatkan di penjara Babat Toman Muba.
KEBAYA PRINCESS BERKUALITI DAN BERBALOI RM35 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

“Suspek merasakan dia dikhianati oleh suaminya, yang kemudiannya menyerang mangsa dengan bahan kimia yang disimpan dalam dua botol minuman mineral terpakai.

“Akibat serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan serius, terutamanya di wajah, tangan, dada, dan perut,” katanya.

Mangsa kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada Polis Babat Toman.

Suspek dijangka menghadapi hukuman penjara 10 tahun atas tuduhan keganasan rumah tangga.
CARGO PANTS MEN NORMAL FIT RM18 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

KREDIT : BULETIN TV3

Exit mobile version