Tiga Pelajar Sekolah Menengah Masih Hilang Selepas Bot Tenggelam di Sungai Kayan, Lundu

Tiga Pelajar Sekolah Menengah Masih Hilang Selepas Bot Tenggelam di Sungai Kayan, Lundu

Borneo KEMALANGAN

Tiga Pelajar Sekolah Menengah Masih Hilang Selepas Bot Tenggelam di Sungai Kayan, Lundu

*KUCHING, 20 Ogos — Tiga orang pelajar sekolah menengah masih hilang selepas bot yang mereka naiki bersama 15 pelajar lain tenggelam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu pagi ini.*

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), laporan kejadian diterima pada pukul 6.33 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, bot yang membawa kira-kira 18 pelajar tenggelam sekitar pukul 6.10 pagi hari ini,” menurut kenyataan Bomba.

“Laporan terkini menunjukkan bahawa 15 pelajar telah berjaya diselamatkan.”

Bomba memaklumkan bahawa pelajar yang masih hilang terdiri daripada dua orang gadis berusia 14 dan 17 tahun, serta seorang budak lelaki berusia 15 tahun. Muatan semasa kejadian adalah 20 orang dan sebuah motorsikal. 18 pelajar sekolah, 1 bot man dan 1 penumpang.

Operasi mencari dan menyelamat untuk mencari pelajar yang hilang masih diteruskan. — The Borneo Post