Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Lakukan Lawatan Mengejut ke Pejabat Imigresen Cawangan Kelana Jaya, Selangor

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Lakukan Lawatan Mengejut ke Pejabat Imigresen Cawangan Kelana Jaya, Selangor

BERITA TERKINI ISU SEMASA Video

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Lakukan Lawatan Mengejut ke Pejabat Imigresen Cawangan Kelana Jaya, Selangor

Kelana Jaya, Selangor – Lawatan mengejut oleh Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Ken Anak Leben ke Pejabat Imigresen Cawangan Kelana Jaya pada hari Rabu telah menarik perhatian ramai. Lawatan ini bertujuan untuk memantau kecekapan servis jabatan tersebut.

Semasa lawatan, satu isu ketara muncul apabila Datuk Ken mendapati terdapat ketiadaan pegawai di kaunter yang sepatutnya bertugas. Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ken menyatakan kebimbangan apabila dimaklumkan bahawa pegawai yang sepatutnya bertugas di kaunter tersebut belum tiba.

“Kaunter hujung memang tak ada orang?” soal Datuk Ken kepada pegawai di meja belakang kaunter. Jawapan diberikan adalah pegawai tersebut masih belum hadir.

Datuk Ken segera mengarahkan Ketua Imigresen Pejabat Kelana Jaya untuk menyiasat situasi tersebut dan menyatakan bahawa beliau perlu membuat laporan segera kepada pucuk pimpinan tertinggi Imigresen mengenai lawatan mengejut ini.

“Yang ini pergi mana? Kena semaklah. Saya kena buat laporan ni. KP (Ketua Pengarah) nak serta-merta,” tegas Datuk Ken.

Selain itu, Datuk Ken turut menegur seorang pegawai yang bertugas di kaunter kerana tidak memakai lencana nama, yang menunjukkan kepentingan aspek profesionalisme dalam perkhidmatan awam.

Dalam awal ketibaannya, Datuk Ken sempat bertanya kepada pengunjung tentang tempoh menunggu dan kualiti perkhidmatan di cawangan tersebut. Seorang pengunjung wanita memberitahu beliau hanya perlu menunggu selama 30 minit untuk mendapatkan kelulusan, dan memuji mutu perkhidmatan yang diterima.

Di penghujung video, Datuk Ken mengumumkan bahawa beliau akan meneruskan lawatan mengejut ini ke seluruh cawangan Imigresen di negara ini. Rata-rata netizen menyambut baik inisiatif ini dan berharap ia akan meningkatkan kualiti perkhidmatan Imigresen negara.

“Usaha ini saya sokong. Di negara lain tak buat, tapi di Malaysia, kena buat macam ini kerana budaya lembab,” komen seorang netizen. “Patut datang lawat pakai baju orang awam. Ambil giliran macam biasa. Duduk di kerusi dan perhati gelagat pegawai kerajaan buat kerja macam mana. Satu semak imbang yang sihat. Buat lagi kerap dan konsisten, orang awam akan menilai dan menghargai penambahbaikan,” tambah netizen yang lain.