Polis Tahan Warga Asing Didakwa Lakukan Perbuatan Lucah Terhadap Datuk Seri Aliff Syukri

Umpan Dan Samun, Taktik Terbaru Penyamun

JENAYAH

Ampang: Usaha dua lelaki untuk melarikan wang tunai berjumlah AS$50,000 (sekitar RM236,000) yang disamun telah digagalkan apabila mereka berjaya ditangkap oleh polis dengan bantuan orang awam di hadapan sebuah bank di Jalan Memanda, di sini, pada Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, kumpulan tersebut menggunakan modus operandi menjanjikan imbuhan tinggi bagi pertukaran wang asing sebelum menyamun mangsa.
SMART TV MURAH RM300 BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

“Pada jam 9 malam kejadian, wanita berusia 39 tahun itu dan abangnya bertemu dengan tiga lelaki dalam sebuah kereta di Jalan Memanda untuk urusan pertukaran wang sebanyak AS$50,000 kepada Ringgit Malaysia (RM).

“Tiba-tiba, suspek merampas beg berisi wang dan menumbuk mangsa sebelum melarikan diri menuju ke sebuah kereta yang menunggu. Namun, suspek berjaya diberkas oleh orang awam sebelum polis tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

CERMIN MURAH BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Mohd Azam menyatakan bahawa polis telah menahan seorang suspek warga asing berusia 32 tahun bagi siasatan lanjut. Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berusia 65 tahun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam yang disyaki terlibat dalam jenayah yang sama.

“Semakan mendapati suspek kedua itu mempunyai empat rekod jenayah lampau.

“Suspek menggunakan modus operandi merompak mangsa ketika proses penukaran wang yang mana mangsa dijanjikan mendapat sedikit imbuhan,” katanya.

Katanya, suspek pertama direman selama tujuh hari manakala suspek kedua direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
KIPAS 5 BLADE MURAH, FUNGSI 3 IN 1 BOLEH BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH