Rumah Panjai

Umur 19 Tahun Dah Pandai Seludup D4dah Ke Sarawak

Remaja 19 Tahun Ditahan Polis KLIA Cuba Seludup Dadah Bernilai RM504,000 ke Sarawak

SEPANG – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas cuba menyeludup dadah jenis Methamphetamine ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 9.24 malam di Balai Perlepasan KLIA Terminal 2 itu menyaksikan penangkapan suspek bersama dadah dengan anggaran berat 15.75 kilogram, yang bernilai RM504,000.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at, dalam sidang akhbar hari ini, memaklumkan bahawa suspek ditahan selepas imbasan kotak makanan yang dibawanya menunjukkan imej mencurigakan. Pemeriksaan lanjut menemui 15 plastik bungkusan berwarna hijau dengan label ‘Qing Shang’ yang disembunyikan bersama makanan ringan.

“Suspek dijadualkan untuk berlepas ke Sarawak pada hari yang sama. Ini adalah kali pertama dia datang ke Kuala Lumpur sehari sebelum kejadian, semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah tersebut,” kata Azman.

Modus operandi yang digunakan suspek melibatkan penyembunyian dadah dalam kotak makanan ringan serta menggunakan perkhidmatan ‘self check-in’, yang sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB). Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok untuk membantu siasatan lanjut.

Menurut Azman, semakan rekod menunjukkan suspek mempunyai dua kes jenayah lampau berkaitan dadah.

Exit mobile version