Rumah Panjai

(Video) Ibu dan Anak Terpelanting Dahan Patah di Bukit Putus

Ibu dan Anak Terpelanting Dahan Patah di Bukit Putus

SEREMBAN: Seorang ibu dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun mengalami detik cemas apabila terpelanting akibat dihempap dahan patah ketika melalui Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, petang semalam.
CARGO PANTS MEN REGULAR FIT STRAIGHT CUT RM19 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Kejadian Cemas di Jalan Seremban-Kuala Pilah

Nur Nisa Nabilah Baharuddin, 25, menceritakan detik cemas tersebut yang berlaku kira-kira jam 3.15 petang ketika dia bersama suami dan dua anak perempuan dalam perjalanan membuat penghantaran makanan di Senawang dari arah Kuala Pilah.

“Pada awalnya, saya menyangka motosikal yang dinaiki kami dilanggar kenderaan lain kerana kejadian berlaku secara tiba-tiba. Akibat dihempap, saya separuh sedar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dahan Patah Menyebabkan Kecederaan
GT Octane Booster 120ml – Save Your Petrol & Upgrade the RON Jimat Minyak Kereta. TENGOK HARGA JAUH LEBIH MURAH DARI KEDAI. BANYAK FREE GIFT DAN DISKAUN.

Tambah Nur Nisa, dia dan anak perempuannya dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah menggunakan ambulans untuk pemeriksaan lanjut. “Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius namun sakit pada bahagian kepala dan telinga kiri saya mengalami masalah pendengaran. Anak bongsu saya hanya mengalami luka pada bahagian kepala dan muka,” jelasnya.

Ketika kejadian, anak bongsunya sedang tidur. “Mujurlah kereta di tepi kami sempat berhenti, jika tidak keadaan mungkin lebih teruk,” katanya.

Perniagaan Kecil-Kecilan Terganggu

Nur Nisa yang sering berulang alik ke Seremban dari Kuala Pilah untuk menghantar pesanan makanan pelanggan sebagai pendapatan utama, berkata ini adalah kali pertama mereka mengalami kemalangan sejak tiga tahun berniaga makanan secara kecil-kecilan. “Pada masa itu, kami terpaksa membawa dua anak bersama kerana tiada siapa yang menjaga mereka,” katanya.

Video Kejadian Tular di Media Sosial

Sejak semalam, tular video berdurasi 0.59 saat yang memaparkan dahan pokok yang sudah reput di tepi jalan patah secara tiba-tiba dan menghempap motosikal dinaiki pasangan itu bersama anak mereka.

Polis Menjalankan Siasatan Lanjut

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu. “Kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Exit mobile version