(Video) Ini Sebenar Yang Terjadi Pelajar Ser4ng Pengadil Ketika Kejohanan Bola Sepak MSSD

ISU SEMASA Viral

Kejohanan Bola Sepak MSSD Kubang Pasu Dicemari Insiden Pelajar Serang Pengadil

KUBANG PASU: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu, Kedah mendapat perhatian ramai apabila seorang pelajar lelaki bertindak cuba membelasah pengadil semasa perlawanan.

Insiden itu tular selepas video dikongsi oleh @pengadilbola di laman X menunjukkan pelajar berkenaan secara tiba-tiba menolak kasar pengadil dari arah belakang ketika konflik antara dua pasukan sedang berlaku.

Berdasarkan rakaman, pergaduhan menjadi semakin tegang apabila pengadil membalas pukulan pelajar tersebut. Beberapa individu lain turut terlibat dalam perbalahan itu dengan cuba menyepak dan menumbuk pengadil berkenaan.
MOTORSIKAL PUN BOLEH BELI DI SHOPEE. YAMAHA Y15 SPECIAL EDITION (SE) BUATAN 2023 TENGOK HARGA JAUH LEBIH MURAH DARI KEDAI. BANYAK FREE GIFT DAN DISKAUN.

Dalam kekecohan itu, beberapa pemain, pelatih, dan pengadil lain pantas berlari untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Situasi bertambah kecoh apabila penonton, termasuk ibu bapa, turut terkesan dengan pertengkaran itu. Seorang wanita kedengaran berkata, “Pengadil tak boleh pukul budak,” ketika menyaksikan insiden tersebut.

Di ruangan komen, ramai mengecam tindakan individu yang terlibat dalam pergaduhan, menyifatkannya sebagai mencemarkan sukan bola sepak.
Footlink Mens Formal Shoe with Arch Support Insole 6213 Black. TENGOK HARGA JAUH LEBIH MURAH DARI KEDAI. BANYAK FREE GIFT DAN DISKAUN.

“Muda-muda pun tiada adab. Tak perlu main bola kalau jadi sampai macam ini selalu,” komen @Imza.

“Ibu mana yang kata pengadil tak boleh pukul budak? Kalau anak saya buat hal macam itu, saya akan marah dia di situ juga,” komen @syafiq.

“Ini baru kecil, kalau main perlawanan besar sampai nak gaduh macam ini, kamu memang tak layak nak jadi pemain bola sepak,” komen @arish.

Kejadian ini mencetuskan perbincangan hangat mengenai disiplin dan adab dalam sukan, terutamanya di kalangan pelajar sekolah.

Sumber : KOSMO

?60k Sold on FB? Sleeping Socks Women Long Socks Sleeping Sock Stokin Muslimah Stokin Tidur Stokin Sleeping. TENGOK HARGA JAUH LEBIH MURAH DARI KEDAI. BANYAK FREE GIFT DAN DISKAUN.