Rumah Panjai

(VIDEO) Kehebatan Skuad Sepak Takraw Negara di Piala Dunia 2024

Kehebatan Skuad Sepak Takraw Negara di Piala Dunia 2024

KUALA LUMPUR: Stadium Titiwangsa menjadi saksi kejayaan luar biasa skuad sepak takraw negara apabila meraih gelaran berganda pada saingan Piala Dunia 2024, sebentar tadi.
MOTORSIKAL PUN BOLEH BELI DI SHOPEE. YAMAHA Y15 SPECIAL EDITION (SE) BUATAN 2023 TENGOK HARGA JAUH LEBIH MURAH DARI KEDAI. BANYAK FREE GIFT DAN DISKAUN. 

Selepas mengungguli acara double, skuad negara melengkapkan malam gemilang mereka dengan turut menjuarai saingan regu menerusi kemenangan ke atas Thailand pada aksi final.

Trio negara yang dibarisi Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) mempamerkan prestasi menakjubkan untuk menumbangkan regu Thailand, Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha) 15-8, 15-12.
Footlink Mens Formal Shoe with Arch Support Insole 6213 Black. TENGOK HARGA JAUH LEBIH MURAH DARI KEDAI. BANYAK FREE GIFT DAN DISKAUN.

Dibantu sokongan padu kira-kira 3,000 penyokong yang hadir di Stadium Titiwangsa, regu Malaysia bermula dengan aksi penuh meyakinkan apabila kekal mendahului sepanjang perlawanan sebelum mencatat kemenangan 15-8 di set pertama. Thailand yang tersentak dengan kekalahan set pertama cuba bangkit dan memberi tentangan dalam usaha untuk mengheret ke set penentuan.

Bagaimanapun, trio negara diketuai Farhan kekal tenang dalam menyerap segala asakan skuad Gajah Perang sekali gus menoktahkan kemenangan 15-12 di set kedua.

Sebagai rekod, kali terakhir regu Malaysia berjaya menumbangkan Thailand adalah pada saingan Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.

Kemenangan regu negara menambahkan koleksi kejuaraan Malaysia pada edisi Piala Dunia tahun ini apabila gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin menjuarai acara double.

Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double.

?60k Sold on FB? Sleeping Socks Women Long Socks Sleeping Sock Stokin Muslimah Stokin Tidur Stokin Sleeping. TENGOK HARGA JAUH LEBIH MURAH DARI KEDAI. BANYAK FREE GIFT DAN DISKAUN.

 

Pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.

Exit mobile version