Video Pembinaan Loji Rawatan Air Dihentikan Selepas Runtuhan Tebing di Puchong

BERITA TERKINI KEMALANGAN Video

Pembinaan Loji Rawatan Air Dihentikan Selepas Runtuhan Tebing di Puchong

SEPANG: Kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong terpaksa dihentikan serta-merta susulan insiden runtuhan tebing sungai yang berlaku pada petang Sabtu. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.14 petang itu menyebabkan kawasan pembinaan tenggelam sedalam 19 meter.

Walau bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, memaklumkan bahawa pihak pengurusan projek telah diarahkan untuk menghubungi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Ini bertujuan memastikan kawasan runtuhan itu selamat sepenuhnya sebelum kerja-kerja pembinaan dapat diteruskan.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.14 petang dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.48 petang. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.10 petang,” jelas Ahmad Mukhlis dalam satu kenyataan.