Rumah Panjai

Video Remaja Hilang Dihayun Ombak di Pantai Kedung Tumpang, Tulungagung

Remaja Hilang Dihayun Ombak di Pantai Kedung Tumpang, Tulungagung

TULUNGAGUNG – Kegembiraan seorang remaja yang ingin merakam gambar berlatar belakangkan pantai bertukar menjadi tragedi apabila dia hilang diheret ombak di Pantai Kedung Tumpang, Tulungagung, Jawa Timur pada hujung minggu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Rony Josua Simanjuntak, 20, menjadi tumpuan ramai apabila rakaman video detik-detik cemas itu tular di media sosial.

Menurut Nanang Pujo, jurucakap pasukan penyelamat, tiga unit penyelamat telah dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak dua hari lalu. Operasi itu berdepan cabaran besar seperti ombak tinggi dan terumbu karang di kawasan sekitar pantai.

“Pasukan darat terus memantau dari tebing tinggi dengan harapan jasad mangsa mungkin timbul semula,” ujar Nanang.

Sementara itu, Iptu Bambang Kurniawan, jurucakap pihak berkuasa, berkata Rony bersama 16 rakannya dari Kampung Inggris Kediri telah berkunjung ke pantai tersebut pada hari kejadian. Mangsa dikatakan sempat berswafoto di pinggir tebing sebelum ombak kuat menyapu dirinya ke tengah laut.

“Rakan-rakannya tidak berani untuk membantu kerana ombak yang besar. Detik-detik tragis itu sempat dirakam oleh salah seorang teman mangsa,” jelas Bambang.

Operasi SAR dijangka diteruskan bergantung kepada keadaan cuaca yang memungkinkan pencarian lebih lanjut.

Exit mobile version