Ini Kenyataan Polis Tentang Rompakan Berkumpulan Dengan Menyamar Sebagai Polis

Viral

Kuantan: Polis kini mengesan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dalam kes samun yang berlaku di sebuah restoran di bandar ini pada 2 Mei lalu.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, suspek-suspek itu menarik seorang lelaki berusia 24 tahun ketika mangsa bersama teman wanitanya sedang berada di restoran pada jam 5.30 petang.
BAJU TIDUR PYJMAS RM6 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

“Suspek-suspek itu memakai penutup muka dan bertopi, kemudian mendekati mangsa dan temannya yang berusia 22 tahun di restoran tersebut. Mereka mengaku sebagai anggota polis dan menarik mangsa masuk ke dalam kereta Proton Bezza dengan nombor pendaftaran palsu, VBW 8268.

“Setelah itu, mangsa dibawa ke sebuah premis yang tidak diketahui, dan pada jam 1.30 pagi, 3 Mei lalu, mangsa ditinggalkan di kawasan perkuburan Cina di Bukit Ubi dalam keadaan kepala masih ditutup,” katanya dalam kenyataan.
BAJU ROUND NECK MICROFIBER ADA DISKAUN RM18.80 KE RM6.48. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH

Yahaya menambah, mangsa berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan rakannya setelah mengalami kerugian berjumlah RM18,000.

Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 170 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk memberikan kerjasama,” katanya.

Difahamkan, video yang tular menunjukkan ketiga-tiga suspek menarik mangsa ke dalam kereta dengan seorang daripada mereka menunjukkan kad yang dipercayai sebagai kad polis.

SKIRT JEANS 2 POCKET RM28 BELI DISINI. BOLEH ADD VOUCHER UNTUK DISKAUN LEBIH