Wanita Baik Lemas Selepas Menghantar Makanan Kepada Mangsa Banjir

Uncategorized

PENAMPANG – Mangsa, Monica Ting Siew Kwong, 37, ditemui di celah pokok berhampiran rumah penduduk pada kira-kira jam 8 pagi tadi di Kampung Hungab, di sini, kira-kira 500 meter dari lokasi dia dihanyutkan arus deras.

Terdahulu, seorang wanita dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras ketika mengharungi banjir selepas menghantar makanan kepada mangsa terperangkap dalam banjir, dekat pekan Donggongon, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.40 pagi itu, mangsa bersama suaminya dikatakan menghantar makanan kepada mangsa lain yang terperangkap akibat banjir, sebelum pulang.

Bagaimanapun, difahamkan, ketika cuba melalui kawasan banjir berhampiran Bulatan Sigah, Jalan Penampang Bypass, di sini, mangsa dikatakan dihanyutkan arus deras.

Suaminya cuba membantu dengan menarik tangan mangsa, namun arus banjir yang sangat kuat menyebabkan mangsa hanyut.