Wanita Bertubuh Gemuk Lebih Membahagiakan Dibandingkan Wanita Bertubuh Langsing

Viral

1. Senang untuk dijadikan rakan berbual.Wanita yang bertubuh gemuk ini kebiasanya lebih senang diajak berbual kerana mereka adalah pendengar dan penasihat yang terbaik. Tidak dinafikan bahawa ada juga wanita yang gemuk ini sombong dan bukan senang untuk diajak berbual tetapi kebanyakkan mereka sangat senang diajak berbual.

Jika  berbual-berbual dengan mereka, mereka bukan sahaja boleh menjadi pendengar yang baik tetapi mereka juga membuatkan kita selesa berada di dekat mereka. Biasanya, kita akan lebih berasa luar biasa jika berbual-bual dengan wanita bertubuh gemuk kerana kita akan dapat sesuatu yang baharu daripada mereka yang kita tidak pernah rasai sebelum ini jika berbual-bual dengan wanita yang bertubuh langsing.

2. Tidak akan menyeksa dirinya sendiri. Wanita yang bertubuh besar ini kebanyakkan mempunyai cara pemikiran yang berbeza dengan wanita yang bertubuh langsing terutamanya dalam soal pemakanan. Jauh beza dengan wanita yang bertubuh langsing yang perlu bersusah-payah malahan ada yang bermatian-matian untuk diet bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal,.

Wanita bersaiz besar pula akan sentiasa menjadikan badan mereka lebih sihat dengan mengatur waktu makan dan tidak terikat untuk memiliki tubuh yang langsing. Pasti anda pernah mengajak wanita yang bertubuh langsing ini untuk makan di mana-mana kedai makan  tetapi pasti mereka mempunyai banyak alasan untuk menolaknya. Kalau dia tidak menolak pasti mereka tidak akan menghabiskan makan mereka atau pun hanya memesan minuman sahaja.

Kejadian seperti memang membosankan kerana hanya kita sahaja yang berselera untuk makan, manakala wanita yang bertubuh langsing ini hanya minum air bahkan kalau pun makan mereka hanya terpaksa kerana ingin menjaga hati kita. Tapi, kalau kita bawa wanita yang bertubuh besar ni makan di mana-mana kedai makan, pasti mereka dengan senang hati menerima pelawaan. Kita akan berselera apabila melihat mereka makan. Lagipun, dalam bab makan ni, wanita yang bertubuh besar ni tidak begitu cerewat sangat berbanding mereka yang menjaga badan.

3. Be your self. Kebanyakannya wanita yang bertubuh besar ini akan menjadi diri mereka sebenar berbanding mereka yang bertubuh langsing. Contohnya dari segi cara berpakaian. Wanita yang bertubuh besar ini akan memakai pakaian mengikut kesukaan dan keselesaan mereka sama ada mahu menghadiri sesuatu majlis ataupun hanya jalan-jalan makan angin.

Manakala bagi wanita yang bertubuh langsing, mereka akan sentiasa memakai pakaian yang akan menonjolkan mereka dalam sesuatu majlis atau memakai pakaian yang menampakkan mereka lebih langsing walaupun mereka tidak selesa dengan pakaian tersebut. Mereka hanya mementingkan penilaian orang lain terhadap diri mereka berbanding menjadi diri mereka seadanya.

Nah, sifat wanita bertubuh besar yang tidak begitu  mementingkan penilaian orang lain terhadap dirinya ini menjadikan mereka lebih menyenangkan berbanding mereka yang mempunyai impian bertubuh langsing. Yang paling utama, wanita yang bertubuh besar ini selalu menampilkan tingka laku lucu yang membuatkan anda tertawa terbahak-bahak. Bahkan kita juga mudah bergurau senda bersama-sama wanita bertubuh besar ini.

4. Sentiasa memberi sokongan. Kebiasanya apabila kita berada dalam lingkungan wanita yang bertubuh besar ini, anda tidak akan pernah merasa diri kita tidak dihargai kerana mereka akan sentiasa mendengar dan memberi pendapat untuk menambahbaik pendapat yang kita utarakan.

Mereka tidak akan memperlekehkan pendapat kita. Bahkan, mereka juga akan sentiasa menyokong kita tanpa bosan walaupun orang lain tidak memperdulikan kita. Yang paling disukai, pasti kerana mereka menyokong kita bukan hanya dengan cara memberikan kata-kata semangat tetapi mereka menyokong kita dengan cara bersama-sama kita melakukan sesuatu hal itu. Misalnya, jika anda ingin menjadi pemain badminton yang handal, pasti mereka pun akan turut serta bermain dengan kita walaupun keadaan tubuh mereka yang kurang mengizinkan.

5. Mempunyai keperibadian yang sangat menyenangkan. Mungkin apabila kita bandingkan dari segi bentuk tubuh badan dan rupa, pasti mereka yang bertubuh langsing akan lebih menawan berbanding yang bertubuh besar. Tetapi tahukah anda, kebiasaannya wanita yang bertubuh besar ini mempunyai keperibadian yang lebih menarik dalam beberapa keadaan berbanding mereka yang bertubuh langsing.

Misalnya, wanita yang bertubuh langsing ini lebih mudah melupakan kejadian buruk yang terjadi kepadanya berbanding mereka yang bertubuh langsing. Buktinya, apabila mereka menangis disebabkan oleh sesuatu perkara buruk, mereka akan lebih mudah tersenyum berbanding mereka yang bertubuh langsing.

Anda hanya perlu memberikan makanan kesukaannya untuk membuat mereka tersenyum apabila mereka menangis ataupun disakiti. Wanita yang bertubuh besar ini juga mudah memaafkan dan tidak suka berdendam kepada orang lain. Selain itu mereka juga akan lebih kelihatan ceria selalu berbanding orang lain dan tidak memilih orang untuk bergaul. Orang kaya, miskin, cantik dan buruk itu tiada dalam kamus orang yang bertubuh besar.

6. Pandai memasak. Paling penting mereka yang bertubuh besar ini pandai memasak. Setiap masakan yang mereka hidangkan tentu sedap-sedap. Buktinya, jika tidak percaya, anda boleh membeli makanan daripada orang bertubuh besar.

PERIUK DESSINI YANG VIRAL, PREMIUM KUALITI DARI ITALY . BOLEH ADD VOUCHER UNTUK LEBIH DISKAUN. 

Tentu masakannya secukup rasa. Bak kata orang “Tiada yang lebih, tiada yang kurang”. Wanita yang bertubuh besar ini juga bukan sahaja pandai memasak tetapi juga pandai membuat kek dan kuih-miuh yang sungguh lazat. Walaupun begitu, bukan semua wanita bertubuh besar ini pandai memasak tetapi kebiasannya mereka pandai dalam bab masakan ni.

Leave a Reply